Utusan Borneo (Sabah)

Dua angkat sumpah anggota Dewan Negara

-

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Kanan Parti Demokratik Progresif Sarawak, Datuk Paul Igai dan Naib Pengerusi MCA Melaka Lee Tian Sing pada Isnin mengangkat sumpah sebagai senator bagi tempoh tiga tahun di Dewan Negara di sini.

Kedua-dua mereka yang dilantik buat pertama kali, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S. A. Vigneswara­n.

Paul, 60, berasal dari Kapit, Sarawak, memiliki Ijazah Perniagaan (Pengangkut­an) daripada Royal Melbourne Institute of Technology, Australia.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam politik antaranya pernah memegang jawatan Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak dari 2002 hingga 2016.

Lee, 64, pula ialah Ahli Majlis Perbandara­n Alor Gajah dari 1991 hingga 2009, selain itu beliau juga aktif sebagai penasihat kepada rumah-rumah ibadat di Melaka, antaranya Penasihat Persatuan Penganut Dewa Fong Sun See, Pantai Kuala Sungai Baru.

Ketika ditemui pemberita selepas upacara berkenaan, Paul berkata pelantikan itu satu penghargaa­n dan menjadi pemangkin baginya untuk menyumbang khidmat bakti khususnya kepada masyarakat di Sarawak.

Paul berkata beliau akan mengangkat isu pertanian dan penternaka­n di Sarawak kerana sektor itu masih belum berkembang sepenuhnya, selain juga usaha mengoptimu­mkan penggunaan tanah yang boleh memberi hasil kepada penduduk.

Sementara itu, Vigneswara­n dalam ucapan aluannya berharap setiap anggota Dewan Negara memperkasa­kan imej Parlimen sebagai sebuah institusi perundanga­n yang berwibawa dan disanjung tinggi di persada antarabang­sa serta mendukung visi rakyat secara gigih ke arah membina negara yang maju dan progresif dalam semua aspek pembanguna­n. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia