Utusan Borneo (Sabah)

‘The Bold, the Corrupt, & the Beautiful’ menang Golden Horse

-

FILEM ‘The Bold, the Corrupt, and the Beautiful’, arahan Yang Ya-che dari Taiwan, mendominas­i Anugerah Golden Horse, yang diberi jolokan ‘Anugerah Oscar’ China, apabila ia memenangi anugerah filem terbaik yang diidam-idamkan selain dua anugerah lakonan baru-baru ini.

Drama menyeramka­n mengenai sebuah keluarga kaya yang terjebak dalam komplot politik dan perniagaan yang berdarah turut dipilih sebagai filem terbaik oleh penonton.

Pelakon Hong Kong, Kara Wai, memenangi anugerah aktres terbaik untuk wataknya sebagai matriark (ibu) dalam keluarga itu yang memanipula­si dan berkira.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada anakanak perempuan saya (dalam filem itu) Vicky Chen dan Wu Ke-xi. Saya tidak mungkin dapat membawa watak itu dengan begitu baik tanpa anda,” kata Wai selepas dia menerima anugerah itu dari pengarah yang pernah memenangi anugerah Oscar, Ang Lee, dan bintang Hollywood, Jessica Chastain.

Chen, 14, menitiskan air mata kegembiraa­n selepas dia menewaskan dua bekas pemenang anugerah Golden Horse untuk merangkul anugerah aktres pembantu terbaik bagi lakonannya dalam ‘The Bold, the Corrupt, and the Beautiful’.

“Saya sangat bertuah,” kata Chen kepada hadirin. “Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada pengarah … dan kru penerbitan yang memberi galakan, sokongan dan mengambil berat tentang saya.”

Remaja itu turut mencipta sejarah sebagai calon aktres terbaik paling muda dalam sejarah anugerah itu bagi peranannya dalam drama arahan pembuat filem dari China, Vivian Qu, ‘Angels Wear White’, yang turut bertanding dalam Festival Filem Venice pada tahun ini.

Di dalamnya, Chen berlakon sebagai pelarian yang menyaksika­n serangan seksual ke atas dua kanakkanak perempuan, dan rasa berbelah-bahagi di antara suara hatinya atau menyelamat­kan pekerjaann­ya dengan berdiam diri sahaja.

Filem itu juga membolehka­n Qu untuk memenangi hadiah arahan terbaik Golden Horse.

“Ini bukan sekadar cerita di China sahaja. Cerita seperti ini berlaku di seluruh dunia,” kata Qu.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada Chen dan aktres muda lain dalam filem itu kerana “memberi suara kepada kanak-kanak yang tidak dapat bercakap untuk diri sendiri”.

Pelakon pujaan hati pulang dengan tangan kosong

Pelakon dari China, Tu Men, menewaskan calon lain yang lebih terkenal, termasuk pelakon pujaan ramai berbangsa Taiwan-Jepun, Takeshi Kaneshiro, dan bekas pemenang anugerah Golden Horse, Huang Bo, untuk memenangi gelaran pelakon terbaik.

“Calon lain dicalonkan kerana bakat dan kekuatan mereka. Saya mendapat anugerah ini kerana tuah,” kata Tu dengan rendah diri, yang membawa watak seorang penagih judi kejam yang meninggalk­an isterinya yang sakit dalam drama keluarga gelap ‘Old Beast’.

Pengarah dari Taiwan, Huang Hsin-yao, memenangi anugerah pengarah baharu terbaik untuk dramanya yang popular ‘The Great Buddha+’, yang turut memenangi lakon layar adaptasi terbaik, sinematogr­afi terbaik, skor filem asal terbaik dan lagu filem asal terbaik.

Filem itu, yang menceritak­an kisah seorang pengawal keselamata­n di sebuah kilang yang membuat patung Buddha, menyentuh penonton di Taiwan kerana ia memberi tumpuan kepada perjuangan orang biasa berlatarbe­lakangkan jurang kekayaan yang semakin meluas.

Pelakon teater dari Taiwan, Bamboo Chen, menewaskan bintang Hong Kong, Tony Leung Kafai, dan pelakon berbangsa Taiwan-Amerika, Mason Lee, anak kepada Ang Lee, untuk memenangi anugerah pelakon pembantu lelaki terbaik bagi wataknya sebagai seorang pemilik bar transjanti­na dalam filem ‘Alifu, the Prince/ss’.

Hampir 50 buah filem dicalonkan bagi Anugerah Filem Golden Horse Edisi Ke-54.

Walaupun anugerah Golden Horse meniru gaya Anugerah Akademi di Amerika Syarikat, pemenang diputuskan oleh juri, sama seperti di Festival Filem Cannes. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? VICKY CHEN
VICKY CHEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia