Utusan Borneo (Sabah)

Jejaki bangunan bersejarah bersama Hana Ismail dalam ‘Tiang Dimensi’

-

BERKONSEPK­AN pengenalan dan penghargaa­n warisan-warisan tempat dan bangunan yang bersejarah, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan sebuah program travelog terbaharu bertajuk ‘Tiang Dimensi’.

Lari daripada konsep travelog yang biasanya memperkena­lkan lokasi percutian menarik, makanan yang enak, dan pelbagai lagi, menerusi program 13 episod ini penonton dibawa oleh pengacara Hana Ismail mengunjung­i dan mengupas tentang sejarah bangunan lama di Malaysia selain melihat keindahan seni bina dan mengimbau fungsinya dari dahulu hingga kini.

Bersiaran menemui penonton mulai 5 Disember ini, setiap Isnin hingga Rabu, jam 11.30 malam di TV1, penonton dibawa menjelajah ke seluruh semenanjun­g Malaysia dan berpeluang berkongsi pengetahua­n berkaitan tentang sejarah senibina dan fungsi sesuatu bangunan itu.

Jurnal penggembar­aan pertama singgah ke Terengganu untuk menghayati keunikkan Bukit Puteri, Kuala Terengganu, Rumah Losong Tujuh Puluh Tingkap dan Kota Lama Duyong. Seterusnya menggembar­a ke Pulau Pinang untuk menghayati keunikkan Penang Buddist Temple Assosiatio­n, Penang Peranakan Mansion dan Rumah Agam Cheong Fatt Tze.

Kunjungan ke daerah pantai timur tidak kurang menariknya singgah di Pahang Darul Makmur untuk menghayati keunikkan Muzium Sungai Lembing, Muzium Masjid Sultan Abdullah dan Muzium Sultan Abu Bakar. Seterusnya ke Kelantan untuk menghayati keunikkan Masjid Muhamadi Kota Bahru, Istana Jahar dan Muzium Islam Kota Baharu. Melengkapk­an kembara di Kelantan dengan menghayati keunikkan Bank Kerapu, Muzium Istana Batu dan Masjid kampung Laut.

Selain daripada itu Hana Ismail membawa tontonan penonton menggembar­a ke Perak untuk menghayati keunikkan Muzium Perak, Taiping, Menara jam Taiping dan Keretapi Lama Taiping sebelum diteruskan menghayati keunikkan Sekeping King Heng, Kelab Di Raja Ipoh dan 27@ Concubine.

 ??  ?? PENGACARA Tiang Dimensi, Hana Ismail di salah satu bangunan bersejarah dalam program itu.
PENGACARA Tiang Dimensi, Hana Ismail di salah satu bangunan bersejarah dalam program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia