Utusan Borneo (Sabah)

Polis lupus barangan kes judi siber bernilai RM1.17 juta

Barangan kes judi siber bernilai RM1.17 juta

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Sebanyak 5,548 barangan kes judi siber dengan anggaran rampasan bernilai RM1.17 juta dilupuskan menggunaka­n kaedah eWaste.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, barangan kes berkenaan melibatkan sebanyak 96 kertas siasatan kes perjudian yang sudah selesai dan mendapat arahan perlupusan daripada mahkamah.

Menurutnya, barang kes yang akan dilupuskan itu juga membabitka­n rampasan yang dibuat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu sejak 2006 hingga 2015.

Katanya, antara barangan terbabit termasukla­h monitor, CPU, keyboard, mesin judi, mesin faks, mesin pencetak, televisyen, mesin pengimbas dan pembesar suara.

“Selainbara­nganelektr­ikdan elektronik, turut dilupuskan 491 kerusi dan empat meja serta sejumlah wang tunai bernilai RM19,860.

“Selepas IPD Penampang, IPD Kota Kinabalu menjadi IPD kedua yang melaksanak­an pelupusan barang-barang kes elektrik dan elektronik melalui sistem e-Waste bagi kontinjen Sabah.

“Pelupusan barang kes melibatkan mesin perjudian melalui kaedah e-Waste adalah yang terbanyak bagi kontinjen Sabah setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Perlupusan Barang Kes Judi Siber IPD Kota Kinabalu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini pada Isnin.

Ramli berkata, langkah IPD Kota Kinabalu melupuskan barangan kes judi siber melalui sistem e-Waste selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Pada masa sama jelasnya, ia menyahut agenda Go Green yang diamalkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pelupusan ini akan dilakukan di bawah seliaan JAS menerusi kontraktor yang dilantik Syarikat NCT Forwarding & Shipping Sdn Bhd.

“Syarikat NCT akan menguruska­n penghantar­an barang kes ke pusat pelupusan yang dilesenkan iaitu T-Pot Electrical & Electronic Sdn Bhd di Shah Alam Selangor.

“Kemudahan bagi menguruska­n pelupusan barang-barang terjadual seperti ini belum ada di Sabah,” katanya.

Pada majlis itu, Ramli turut menyaksika­n acara menandatan­gani dokumen pelupusan barang kes melibatkan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), JAS, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan syarikat NCT.

Turut hadir, Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah Datuk Salehhudin Abd Rahman dan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra.

 ??  ??
 ?? -Gambar Bernama ?? RAMLI (kanan) meneliti peralatan elektronik yang dilupuskan selepas sidang media tentang pelupusan barang kes di Ibu Pejabat Polis Kepayan kelmarin.
-Gambar Bernama RAMLI (kanan) meneliti peralatan elektronik yang dilupuskan selepas sidang media tentang pelupusan barang kes di Ibu Pejabat Polis Kepayan kelmarin.
 ??  ?? RAMLI (tengah) bersama Chandra (dua kiri), Sazali (dua kanan) dan Salehhudin (kanan) menunjukka­n barangan kes yang akan dilupuskan.
RAMLI (tengah) bersama Chandra (dua kiri), Sazali (dua kanan) dan Salehhudin (kanan) menunjukka­n barangan kes yang akan dilupuskan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia