Utusan Borneo (Sabah)

Tokyo 2020 saji makanan dari zon terjejas bencana

-

TOKYO: Pegawai Olimpik Antarabang­sa akan diberikan makanan yang dihasilkan menggunaka­n bahanbahan dari bahagian utara Jepun yang dilanda bencana nuklear dan tsunami 2011, ketika pihak penganjur Tokyo 2020 merancang untuk mengetepik­an kebimbanga­n mengenai makanan dari wilayah itu.

“Pemulihan kawasan yang dilanda bencana adalah salah satu fokus utama temasya sukan kami,” kata jurucakap jawatankua­sa penganjur Tokyo 2020.

“Dengan menawarkan makanan dari tiga buah wilayah yang dilanda bencana, kami berharap untuk mengenepik­an reputasi palsu bagi makanan dari wilayah itu dan menyumbang kepada pemulihan,” jelas beliau.

Semasa satu makan malam ketika kunjungan tiga hari pada minggu depan oleh Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa, pihak penganjur Tokyo merancang untuk menawarkan makanan terbaik dari wilayah yang dilanda bencana dan menjemput para gabenor dari tiga wilayah untuk jamuan tersebut, menurut pegawai itu lagi.

Wilayah-wilayah itu terkenal dengan beras, daging khinzir, ikan tenggiri dan buah epal namun maklumat menu masih belum diputuskan, tambah beliau.

Kawasan Fukushima di utara Jepun, Miyagi dan Iwate dibinasaka­n pada 2011 oleh tsunami yang berpunca daripada gempa bumi kuat dan menyebabka­n kemalangan nuklear Daiichi Fukushima mencemari beberapa kawasan tanah yang besar dan mencemari air dengan bahan radiasi.

Sejurus selepas kemalangan nuklear terburuk sejak Chernobyl pada 1986, 54 negara mengenakan larangan import makanan yang dihasilkan Jepun kerana bimbang pencemaran bahan radioaktif, menurut pegawai kementeria­n pertanian Maiko Kubo.

Pada hari ini, lebih enam tahun selepas bencana, 25 negara menamatkan sepenuhnya pengharama­n tersebut dan hanya beberapa hari lepas, Kesatuan Eropah meringanka­n peraturan mereka dengan menarik balik syarat sijil selamat bagi penanaman beras di Fukushima, kata beliau.

Bagaimanap­un, China masih mempunyai satu pengharama­n dagangan terhadap makanan dari 10 wilayah Jepun dan Taiwan pula meliputi lima wilayah.

Makanan dari kawasan yang terjejas perlu melepasi ujian keselamata­n Jepun yang tegas sebelum diletakkan di pasaran.

Sejumlah kecil produk makanan dihasilkan di Fukushima, seperti sayursayur­an gunung, masih diharamkan di Jepun.

Pada Mac, Fukushima menerima kelulusan menjadi tuan rumah perlawanan besbol dan mungkin juga tapak pelancaran acara pembukaan.

Kengo Kuma, pereka stadium nasional yang baharu dan pentas utama temasya sukan tersebut, berharap untuk menggunaka­n kayu balak dari situ. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia