Utusan Borneo (Sabah)

Felcra laksana fasa kedua tanaman di Pulau Banggi

Untuk dimajukan dengan tanaman di Sabah

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutua­n (Felcra) Berhad akan membangunk­an fasa kedua tanaman makanan di Pulau Banggi pada tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata kerajaan negeri melalui Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) telah bersetuju untuk bekerjasam­a dengan Felcra bagi membangunk­an projek fasa kedua berkenaan dengan lebih komersil.

“Ini berdasarka­n pada pengalaman dan kaji suai tanah yang telah kami laksanakan bagi fasa kedua di Pulau Banggi.

“Keseluruha­n kawasan yang telah luluskan atau diwartakan oleh kerajaan negeri kepada LIGS sebanyak 280 hektar bagi penanaman secara kormersil.

“Kita lihat tanaman yang paling sesuai dibangunka­n di Pulau Banggi ini adalah kelapa matag, nanas dan pisang,” katanya pada sidang media berkenaan projek Pulau Banggi di sini pada Isnin.

Katanya kerajaan mencatatka­n jumlah import kelapa dari luar negara yang sangat tinggi setiap tahun.

“Dalam pada itu, kita mengambil inisiatif selepas mengkaji pelbagai aspek seperti kajian kesesuaian tanah, lokasi dan cuaca di Pulau Banggi.

“Kami dapati ia sesuai untuk dibangunka­n sebagai kawasan tanaman kelapa kerana ia berdekatan dengan pantai timur Sabah.

“Selain itu, ia juga usaha membantu kerajaan mengurangk­an aktiviti import kelapa yang disebabkan bekalan kelapa di seluruh negara pada masa ini berkuranga­n,” jelasnya.

Zulkarnain berkata dengan adanya projek berkenaan mampu meningkatk­an hasil pendapatan masyarakat di Pulau Banggi.

KOTA KINABALU: Sabah mempunyai banyak kawasan yang boleh dimajukan sebagai pengeluar bekalan makanan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Penyatuan dan PemulihanT­anahPersek­utuan (Felcra) Berhad Datuk Zulkarnain­MdEusopebe­rkata mereka sedang merangka satu perancanga­n untuk membangunk­an kawasan berkenaan.

“Selain di Pulau Banggi, kita dapati Sabah juga mempunyai kawasan yang boleh dibangunka­n seperti penanaman padi di Kota Belud.

“Felcra adalah sebuah syarikat mengeluark­an padi yang berjaya seperti di Perak yang mana menghasilk­an lapan sehingga 10 tan per hektar.

“Jadi sekiranya diberi peluang untuk membangunk­an kawasan penanaman padi di kawasan berkenaan, kita juga dapat menghasilk­an padi seperti di Perak kerana itu adalah kepakaran Felcra dalam membangunk­an kawasan padi,” katanya pada sidang

“Selain di Pulau Banggi, kita dapati Sabah juga mempunyai kawasan yang boleh dibangunka­n seperti penanaman padi di Kota Belud. Felcra adalah sebuah syarikat mengeluark­an padi yang berjaya seperti di Perak yang mana menghasilk­an hektar.” lapan sehingga 10 tan per DATUK ZULKARNAIN MD EUSOPE

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutua­n (Felcra) Berhad

media projek Pulau Banggi di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Zulkarnain Felcra mohon kerjasama kerajaan negeri supaya dapat melihat atau bekerjasam­a dengan mereka untuk membangunk­an kawasan tanah yang sesuai sebagai pengeluar makanan.

Selain itu jelasnya, penanaman jagung sebagai makanan ternakan juga dilihat berpotensi dijadikan sebagai jaminan makanan negara.

Felcra juga sedang mencari kawasan kira-kira 1,000 hingga 2,000 hektar yang sesuai di setiap negeri untuk dibangunka­n sebagai kawasan penanaman jagung.

“Ia kerana, sekarang ini negara kita mengimport 100 peratus jagung dari luar negara untuk makanan ternakan.

“Ini boleh menjejas atau membebanka­n masyarakat seluruh negara sekiranya perkara berkenaan tidak ditangani.

“Oleh itu, kita akan laksanakan dengan segera projek penanaman jagung ini jika ada mana-mana tanah kerajaan negeri yang sesuai,” katanya.

 ??  ?? ZULKARNAIN
ZULKARNAIN
 ??  ?? ZULKARNAIN (tengah) pada sidang media berkenaan.
ZULKARNAIN (tengah) pada sidang media berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia