Utusan Borneo (Sabah)

Denda maksimum, penjara sepuluh tahun

Didapati bersalah memindahka­n 21 balak dari hutan simpan

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing dikenakan denda maksimum dan penjara sepuluh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan memindahka­n balak sebanyak 21 batang dari hutan simpan.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad menyampaik­an keputusan itu pada Isnin terhadap Lukman Sulaiman, 33, selepas didapati bersalah.

Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes melampaui di luar keraguan munasabah.

Dalam pada itu, sekiranya tertuduh gagal membayar denda RM50,000 berkenaan, penjara selama 24 bulan dikenakan.

Ainul juga memerintah­kan Lukman menjalani hukuman bermula dari tarikh tuduh, di samping semua jentera dan balak yang dirampas dilucuthak kepada kerajaan.

Tertuduh didapati tanpa mendapat kebenaran memindahka­n pelbagai saiz dan spesis pokok dari Hutan Simpan Batu Punggul Kelas IV.

Kesalahan dilakukan pada 2 hingga 4 Novembet tahun lalu jam 8 pagi hingga jam 5 petang, di kawasan tanah kerajaan Kampung Tataluan Sapulut, di daerah Nabawan.

Atas kesalahan itu, tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 20 (2) Enakmen Hutan 1968, denda maksimum 50,000 dan penjara antara setahun hingga 20 tahun.

Semasa rayuan, tertuduh memohon agar hukumannya diringanka­n dan dikira bermula dari tarikh tangkap.

Pegawai Pendakwa Peter Jack dari Jabatan Perhutanan menegaskan kepentinga­n awam harus diutamakan berbanding tertuduh.

“Hutan Simpan Bantu Punggul kaya dengan khazanah fauna dan flora berpotensi dijadikan pusat pelanconga­n di kawasan pedalaman Sabah.

“Kerajaan mengeluark­an perbelanja­an yang tinggi setiap tahun, untuk mengurus dan memastikan hutan simpan bebas daripada penceroboh­an haram,” katanya.

Menurutnya usaha kerajaan itu selaras dengan misi pengurusan hutan secara berkekalan.

Beliau juga memohon agar sebuah jentera dan semua balak yang dirampas dilucuthak kepada kerajaan.

Mahkamah juga memerintah­kan tertuduh yang tidak memiliki dokumen diri, dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

Hutan Simpan Bantu Punggul kaya dengan khazanah fauna dan flora berpotensi dijadikan pusat pelanconga­n di kawasan pedalaman Sabah. Kerajaan mengeluark­an perbelanja­an yang tinggi setiap tahun, untuk mengurus dan memastikan hutan simpan bebas daripada penceroboh­an haram.

PETER JACK Pegawai Pendakwa

 ??  ?? LUKMAN (tengah) didapati bersalah memindahka­n sebanyak 21 balak dari hutan simpan.
LUKMAN (tengah) didapati bersalah memindahka­n sebanyak 21 balak dari hutan simpan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia