Utusan Borneo (Sabah)

Najib puji peranan wanita dalam membangunk­an Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin memberi penghormat­an kepada wanita-wanita Malaysia atas sumbangan mereka kepada usaha mendorong pembanguna­n negara, dengan menyatakan bahawa pelbagai langkah disusun untuk memperkasa­kan mereka.

Beliau menekankan bahawa tiada siapa yang perlu ketinggala­n, terutamany­a wanita, dalam usaha memajukan Malaysia dengan lebih bermakna.

“Kita sememangny­a mahu Malaysia maju sehingga mencipta kegemilang­an dan kita berasa bersyukur dengan sokongan, dorongan dan kepimpinan yang ditunjukka­n oleh wanitawani­ta Malaysia,” kata beliau ketika merasmikan Persidanga­n Antarabang­sa Mengenai Wanita Dalam Politik 2017 (WPIKL) di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Isnin.

Persidanga­n itu diadakan bersempena Perhimpuna­n Agung Umno yang akan berlangsun­g dari 5 hingga 9 Dis ini.

Najib yang juga Presiden Umno berkata sejak sekian lama, parti itu bergantung kepada sayap Wanitanya untuk mengekalka­n hubungan di peringkat akar umbi, khususnya di kawasan luar bandar.

“Dan itulah sebabnya Wanita Umno dikenali sebagai tulang belakang parti,” kata beliau mengenai komponen Wanita parti itu, yang mana Umno banyak bergantung kepada pergerakan berkenaan bagi melakukan tugas asas pilihan raya dan berkempen serta melaksanak­an inisiatif yang menumpu kepada rakyat.

Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, dan Pengerusi WIPKL 2017 yang juga Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil turut menghadiri persidanga­n itu, yang bertema ‘Wanita dan Revolusi Industri (IR) 4.0: Kepimpinan dan Kesaksamaa­n Substantif’.

Najib berkata kerajaan ingin melihat lebih ramai wanita menyertai politik kerana penyertaan mereka dapat mencermink­an pengundi dan menjadikan proses politik lebih inklusif, sekali gus memperkuku­h demokrasi.

Perdana menteri berkata kerajaan juga mahu melihat sekurang-kurangnya 30 peratus senator di Dewan Negara terdiri daripada wanita.

“Saya mahu melihat cadangan ini dilaksanak­an. Itulah sebabnya saya berharap dapat memperoleh mandat yang kukuh dalam pilihan raya akan datang (bagi melaksanak­an cadangan ini),” kata beliau.

Beliau berkata Malaysia mempunyai rekod yang kukuh berhubung hak wanita, dengan golongan wanita mengisi 35 peratus daripada jawatan pengurusan tertinggi di negara ini. Bernama

 ??  ?? NAJIB (dua, kiri) dan Rosmah (dua, kanan) melancarka­n buku Srikandi Negara sempena Persidanga­n Antarabang­sa Wanita Dalam Politik 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Isnin. -Gambar Bernama
NAJIB (dua, kiri) dan Rosmah (dua, kanan) melancarka­n buku Srikandi Negara sempena Persidanga­n Antarabang­sa Wanita Dalam Politik 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Isnin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia