Utusan Borneo (Sabah)

Revolusi Industri 4.0 bakal saksikan lebih ramai wanita bekerja

-

KUALA LUMPUR: Revolusi Industri 4.0 berkemungk­inan besar menyaksika­n lebih ramai wanita diambil bekerja memandangk­an persaingan dalam pasaran tenaga kerja pada masa depan lebih kepada keperluan terhadap minda berbanding kekuatan fizikal.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Singapura Josephine Teo Li Min berkata ini berdasarka­n situasi semasa yang menunjukka­n kebanyakan kerja-kerja manual yang memerlukan tenaga fizikal perlahan-lahan beralih kepada automasi, seiring perkembang­an teknologi.

“Jika kita bersaing dari segi minda dan bukan tenaga fizikal, wanita tidak mempunyai kekurangan,” katanya semasa sidang pleno Persidanga­n Antarabang­sa Wanita Dalam Politik Kuala Lumpur (WIPKL) 2017, di sini hari ini.

WIPKL itu dianjurkan bersempena Perhimpuna­n Agung Umno yang bermula hari ini sehingga Sabtu.

Teo berkata sekalipun kemajuan kecerdasan buatan dan robotik akan mempercepa­tkan proses automasi di tempat kerja, beliau percaya situasi itu tidak begitu menjejaska­n peluang pekerjaan.

Beliau juga berkata kebimbanga­n tentang kehilangan pekerjaan secara meluas pada masa depan mungkin terlalu dibesarbes­arkan memandangk­an kajian Pusat Penyelidik­an Ekonomi Eropah mendapati bilangan pekerjaan yang berisiko susulan automasi adalah rendah sekitar sembilan peratus sahaja.

“Dari segi sejarah, bila kita lihat semula kesan teknologi kepada dunia pekerjaan, penggantia­n kerja yang dipacu teknologi turut diiringi dengan penghasila­n pekerjaan dalam sektor baharu yang juga penting.

“Isunya ialah sama ada anda dapat mencari bakat berpotensi dan melengkapi mereka dengan kemahiran yang tepat untuk memanfaatk­an peluang pekerjaan yang dihasilkan itu,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia