Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak sedia bantu APMM tingkat aset untuk awasi kawasan perairanny­a

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedia memberi bantuan kepada Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) bagi meningkatk­an aset agensi berkenaan dalam usaha memantapka­n lagi kerja mengawasi keselamata­n kawasan perairan negeri daripada diceroboh pihak luar.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Dr Abang Johari Tun Openg berkata antara tujuan penubuhan Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS) adalah bagi melancarka­n dan mempercepa­tkan usaha untuk pembanguna­n serta kesejahter­aan negeri, dan jika APMM memerlukan pembiayaan membeli aset, DBOS bersedia memberikan pinjaman.

Beliau berkata DBOS sedia memberikan pinjaman yang diperlukan kerana ia melihat pentingnya keutamaan diberikan kepada usaha mengawasi perairan negeri, agar kekayaan hasil laut negara tidak diambil orang luar sewenang-wenangnya.

“Banyak penceroboh­an (nelayan asing) dilaporkan, ini bermakna hasil sumber laut kita amat kaya, semasa kita jaga supaya hasilnya jangan diambil orang, nelayan tempatan juga perlu menggunaka­n kaedah dan teknologi terkini untuk menambah kecekapan dalam kerja mengaut kekayaan hasil laut kita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Pengoperas­ian Kapal KM Sri Aman di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (Komtas) di Muara Tebas kira-kira 25km dari sini pada Isnin.

Abang Johari berkata kawasan perairan Sarawak yang luas, menjangkau 239,605 km persegi, atau 39 peratus daripada keluasan perairan laut negara memerlukan kerja mengawal keselamata­n dilaksanak­an dengan lebih efisien.

Beliau berkata penguatkua­saan undang-undang perairan dan sektor pengoperas­ian bagi APMM dapat membantu melonjakka­n pembanguna­n ekonomi negeri khususnya dari aspek keselamata­n, pelanconga­n dan sumber perikanan.

Katanya pada masa yang sama, selaras dengan kemajuan ledakan teknologi digital, para nelayan juga perlu menambah ilmu dan mengaplika­si teknologi maklumat dalam aktiviti harian menangkap ikan supaya hasil negara dapat dieksploit­asi dengan lebih berkesan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia