Utusan Borneo (Sabah)

Album sulung Dusun Lotud dilancar

-

ALBUM Sulung Dusun Lotud bertajuk ‘Pimbandak’ telah dilancar di Dewan Datuk Patrick Jilan di Linangkit Cultural Village, Tuaran.

Acara pelancaran telah disempurna­kan oleh Penaung Persatuan Komulakan Dusun Sabah (KLOSA) Datin Seri Hjh Juliah Salag yang juga isteri kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor.

Hadir di majlis itu ialah Hajiji yang merasmikan Pesta Bojumbak anjuran KLOSA dan melancarka­n laman sesawang KLOSA.

Turut hadir ialah Presiden KLOSA Peter Lintar, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Dr Johnson Tee yang juga penasihat Kehormat KLOSA dan Pengerusi Lembaga Pengarah Linangkit Datin Alice TeeJilan.

Album Pimbandak merupakan usahasama antara KLOSA dan empat pemuda

Dusun Lotud selaku penyanyi. Mereka ialah Peter Lintar, Andywind Tombung, Justine Celestine L dan Jeffrin Ungkak S.

Terdapat 10 lagu dalam album ini iaitu Pimbandak, Adau Pinikagasa­n, Pisuaian, Koiab Undu-Unduku, Bulawan Om Tambaga, Guli Noh, Gompi Nuh Pomogunan, Moupus Oku, Milikili dan Adau Minggu Id Tuaran.

Buat masa ini, CD berkenaan boleh dibeli di Linangkit Cultural Village yang terletak di Selupuh.

Hadir sama di majlis itu ialah Pemangku Pegawai Daerah Tuaran Sofian Nair, Presiden Persatuan Suang Lotud Sabah Dato’ Freddie Sua dan Setiausaha Sulit kepada Menteri Sains, Teknoloji dan Inovasi (MOSTI) Jeffrey Teo.

Jeffrey yang mewakili Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau juga menyampaik­an set alatan muzik tradisi Lotud kepada lima sekolah rendah di sekitar Daerah

Tuaran.

 ??  ?? PELANCARAN laman sesawang dan Album CD Pimbandak. Dari kiri: Peter, Juliah, Hajiji dan Johnson.
PELANCARAN laman sesawang dan Album CD Pimbandak. Dari kiri: Peter, Juliah, Hajiji dan Johnson.
 ??  ?? ALBUM CD Pimbandak.
ALBUM CD Pimbandak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia