Utusan Borneo (Sabah)

Perwakilan asing puji pendirian Najib mengenai Baitulmuqa­ddis

-

KUALA LUMPUR: Perwakilan asing yang menghadiri majlis perasmian Perhimpuna­n Agung Umno 2017 pada Khamis memuji pendirian tegas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menentang tindakan Amerika Syarikat mengiktira­f Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel.

Ketua Hal Ehwal Politik Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia Abdullah Waleed berkata beliau amat menghargai pendirian Najib berhubung perkara itu.

“Beliau (Najib) ternyata bimbang dengan keputusan Presiden (Donald) Trump memindahka­n kedutaan Amerika Syarikat (dari Tel Aviv) ke Baitulmuqa­ddis, yang merupakan isu yang amat serius.

“Kami percaya Malaysia akan mengambil langkah yang lebih serius, begitu juga dengan umat Islam di seluruh dunia Islam dan Arab,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis perasmian itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Anggota Parti Kongres Nasional Sudan Dr Tagwa Ahmed Musa Mohamed pula berkata ucapan Najib mengandung­i mesej yang baik untuk rakyat Malaysia dan umat Islam di seluruh dunia.

“Saya amat bersetuju dengan Perdana Menteri Najib mengenai isu (Baitulmuqa­ddis) ini,” katanya.

Terdahulu, Najib yang juga presiden Umno, dalam ucapan dasarnya membantah tindakan Amerika Syarikat pada Rabu (6 Dis) untuk mengiktira­f Baitulmuqa­ddis secara rasminya sebagai ibu negara Israel.

Perdana Menteri berkata Malaysia “menolak sekerasker­asnya tindakan menjadikan Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila.”

Najib menerima tepukan gemuruh daripada anggota perwakilan Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, ketika beliau membangkit­kan isu itu dalam ucapannya.

Seramai 95 anggota perwakilan luar negara, yang mewakili 20 parti politik dari 16 negara, menghadiri perasmian Umno yang berusia 71 tahun itu di PWTC, yang turut menempatka­n ibu pejabat parti itu.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata tindakan Presiden Trump adalah tidak bijak malah menghina umat Islam di seluruh dunia.

“Kami Wanita (Umno) bersama-sama presiden dan berjihad tentang perkara ini,” katanya.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata Najib telah mengambil ketetapan untuk menolak tindakan Amerika Syarikat itu dan ia mendapat sokongan padu daripada semua perwakilan Umno.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai turut bersetuju bahawa Trump tidak boleh membuat keputusan semborono, sebaliknya perlu sensitif dengan keadaan di Palestin. Bernama

 ??  ?? NAJIB bersalaman dengan ahli UMNO ketika hadir pada Majlis perasmian Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada Khamis. GambarBern­ama
NAJIB bersalaman dengan ahli UMNO ketika hadir pada Majlis perasmian Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada Khamis. GambarBern­ama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia