Utusan Borneo (Sabah)

Felcra agih dividen interim kedua RM101.48 juta

-

BANTING: Felcra Berhad (Felcra), sebuah agensi di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), pada Ahad mengumumka­n pengagihan dividen interim kedua berjumlah RM101.48 juta kepada 70,856 peserta Felcra seluruh negara bagi tahun 2017.

Menteri KKLW Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kelazimann­ya keuntungan ladang akan dibayar tiga kali setahun kepada para peserta dalam bentuk interim pertama yang biasanya dibayar sebelum Hari Raya, interim kedua sebelum mula persekolah­an dan akhir.

“Keuntungan kasar ladang diperoleh sehingga September 2017 adalah sebanyak RM406.07 juta, selepas ditolak potongan wajib antaranya seperti potongan bayaran balik hutang kerajaan persekutua­n, hutang kerajaan negeri dan Tabung Tanaman Semula.

“... dan keuntungan bersih yang boleh diagihkan adalah RM101.48 juta,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Pengagihan Dividen Interim 2/2017 Peserta Felcra Berhad di Kolej Mara Banting di sini, pada Ahad.

Turut hadir Pengerusi Felcra Datuk Bung Moktar Radin dan kira-kira 500 peserta Felcra Bukit Changgang dari Sepang.

Tambah Ismail Sabri secara purata dianggarka­n bagi setiap 0.99 hektar tanah para peserta Felcra bakal mendapat dividen RM3,000 dan bayaran dimulakan hari ini.

Tambah Ismail Sabri pihaknya sedia berbincang dengan mana-mana kerajaan negeri yang mempunyai tanah yang sesuai diusahakan untuk membuka peluang kepada lebih ramai belia menjadi peserta Felcra. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia