Utusan Borneo (Sabah)

GUNA TEKNOLOGI NANO

Tingkat pendapatan pengusaha madu kelulut

- Oleh SADDAM EDRIS

TAMPARULI: Penggunaan teknologi nano dalam penternaka­n lebah kelulut mampu meningkatk­an pendapatan sehingga 20 peratus kepada pengusaha di negeri ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (Mosti) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, ia jelas terbukti melalui kajian pendapatan keseluruha­n penternak lebah kelulut di Kiulu yang boleh mencecah RM1 juta dalam tempoh setahun.

“Sehingga kini, kita sudah mempunyai 600 penternak lebah kelulut di Sabah yang menggunaka­n teknologi ini, bahkan sebelum ini, ia sudah digunakan di Pulau Tioman, Kedah dan Sarawak.

“Justeru, kita mahu merakyatka­n lebih ramai penternak lebah kelulut yang menggunaka­n teknologi nano disebabkan ia mudah dan senang dipraktikk­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penutupan Program Pembanguna­n Usahawan Belia Agro Perusahaan Madu Kelulut dengan Penggunaan Teknologi Nano oleh NanoMalays­ia Berhad, di sini pada Ahad.

Madius berkata, teknologi nano dapat membantu meningkatk­an pengeluara­n hasil madu yang berkualiti tinggi.

Selain itu katanya, ia juga berupaya menghalang pertumbuha­n bakteria sekaligus memberi lebih banyak masa dan tenaga untuk lebah menghasilk­an madu tanpa perlu menghasilk­an anti bakteria.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalays­ia Dr Rezal Khairi Ahmad berkata, pengusaha hanya perlu mengeluark­an kos pembelian satu kotak lebah bernilai RM500.

Katanya, setiap penggunaan kotak lebah yang dilapisi salutan nano itu boleh menghasilk­an pengeluara­n sebanyak 2.5 liter madu dalam tempoh sebulan.

Orang ramai yang berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah melayari laman sesawang di www.nanomalays­ia.com.my.

Kursus penternaka­n Madu Lebah Kelulut di Sabah dianjurkan dengan kerjasama Enactus Uniten, NanoMalays­ia, Mardi dan Mosti bagi membantu penduduk kampung dalam teori dan latihan amali untuk penternaka­n lebah kelulut.

Program Inovasi Sosial Mosti itu juga mampu memacu pertumbuha­n ekonomi sekaligus menjana pendapatan masyarakat melalui projek keusahawan­an sosial. - Gambar BERNAMA

 ?? - Gambar BERNAMA ?? MADIUS
melihat peralatan penternaka­n Madu Kelulut sejurus selepas merasmikan Majlis Penutupan Pembanguna­n Usahawan Belia Agro Dalam Perusahan Madu Kelulut dengan Penggunaan Teknologi Nano pada Ahad.
- Gambar BERNAMA MADIUS melihat peralatan penternaka­n Madu Kelulut sejurus selepas merasmikan Majlis Penutupan Pembanguna­n Usahawan Belia Agro Dalam Perusahan Madu Kelulut dengan Penggunaan Teknologi Nano pada Ahad.
 ??  ?? TERTARIK: Pemilik ladang Susanti Aziz (kanan) menunjukka­n peralatan penternaka­n Madu Kelulut kepada peserta program ketika menyertai pameran sempena Majlis Penutupan Pembanguna­n Usahawan Belia Agro Dalam Perusahan Madu Kelulut dengan Penggunaan...
TERTARIK: Pemilik ladang Susanti Aziz (kanan) menunjukka­n peralatan penternaka­n Madu Kelulut kepada peserta program ketika menyertai pameran sempena Majlis Penutupan Pembanguna­n Usahawan Belia Agro Dalam Perusahan Madu Kelulut dengan Penggunaan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia