Utusan Borneo (Sabah)

Lihat tuntutan perubahan masa

Beri barisan pelapis tempat berkhidmat kepada rakyat

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kenyataan Ketua Pemuda Umno Batu Sapi Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan disifatkan sebagai ucapan pembakar semangat juang anak muda di seluruh negara bukan hanya di Sabah untuk berjuang bersama parti.

Ketua Pemuda Umno Tawau Ariffin Kassim percaya intipati ucapan Firdaus mewakili suara akar umbi parti itu yang mahukan revolusi dan nilai tambah dalam barisan kepimpinan parti sedia ada.

“Kita berkongsi visi dan misi yang sama supaya barisan pelapis kepimpinan anak-anak muda diberikan tempat untuk berkhidmat kepada rakyat dalam platform yang lebih besar,” katanya.

Beliau juga percaya barisan kepimpinan Umno tidak seharusnya dibuai dengan kisah kejayaan lalu tetapi melihat sisi tuntutan perubahan masa yang perlu dilakukan demi survival parti.

Menurutnya, barisan pelapis kepimpinan Pemuda kini dilihat lebih terdedah dengan perubahan peredaran masa dan bukan lagi sekadar menjadi pelengkap carta organisasi semata-mata.

“Kita melihat kepimpinan Pemuda Umno sentiasa bekerja keras dan setia dengan parti di sebalik pelbagai cabaran yang mendatang demi khidmat bakti kepada warga marhaen.

“Namun, kita tidak boleh mengenepik­an begitu sahaja jasa dan sumbangan para pemimpin terdahulu, kerana semua pihak memainkan peranan penting demi survival agama, bangsa dan negara.

“Dari sisi berbeza, sekiranya pemimpin-pemimpin muda diberi peluang menjadi calon Umno pada pilihan raya umum (PRU) kelak, kita optimis sokongan parti akan bertambah lebih padu,” katanya.

Ariffin berkata, sudah sampai masanya untuk parti tidak terlalu bersentime­ntal dengan ‘evergreen’, tetapi mengorak langkah ke hadapan melihat kecenderun­gan warga marhaen dari sudut yang realistik.

Beliau optimis jika anak muda dijadikan calon PRU, Umno akan terus relevan dalam memenangi hati rakyat tanpa perlu gusar untuk memenangi sokongan majoriti pengundi muda.

“Pada masa sama, jika ada wakil rakyat yang sudah lama berkhidmat tetapi digantikan dengan anak muda pada PRU akan datang, itu bukan bermakna khidmat mereka tidak diperlukan lagi.

“Kesetiaan kepada parti dan kepimpinan tertinggi menjadi tunjang kekuatan kita selama ini dalam memastikan Umno terus kekal relevan sebagai parti pemerintah sama ada dahulu, kini dan masa hadapan,” katanya.

“Kita berkongsi visi dan misi yang sama supaya barisan pelapis kepimpinan anak-anak muda diberikan tempat untuk berkhidmat kepada rakyat ” dalam platform yang lebih besar.

ARIFFIN KASSIM Ketua Pemuda Umno Tawau

 ??  ?? ARIFFIN (kanan) turut menyertai perhimpuna­n aman di Kuala Lumpur bersama Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin membantah pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk memindahka­n ibu kota Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqd­is.
ARIFFIN (kanan) turut menyertai perhimpuna­n aman di Kuala Lumpur bersama Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin membantah pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk memindahka­n ibu kota Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqd­is.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia