Utusan Borneo (Sabah)

Siasat dakwaan kekurangan buku KPP: Liow

-

MELAKA: Kementeria­n Pengangkut­an sedang menyiasat dakwaan kekurangan buku Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) sehingga menyebabka­n lebih 6,000 calon institut pemandu di 20 sekolah memandu di Selangor tidak dapat menduduki ujian pemanduan.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata siasatan awal mendapati bahawa perkara berkenaan mungkin berlaku kerana jumlah calon mengambil ujian berkenaan meningkat sempena cuti persekolah­an.

“Saya telah mengarahka­n Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) untuk menyiasat perkara ini dan menyelesai­kanya dengan segera.

“Seperti sedia maklum, setiap kali cuti sekolah ramai calon tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil ujian lesen memandu,” katanya kepada pemberita selepas Perasmian Karnival Jom Teguh Bersama di sini, kelmarin.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam berhubung kekurangan bukuKPPber­kenaanhing­ga menyebabka­n calon tidak dapat menduduki ujian teori bagi mendapatka­n lesen ‘L’.

Liow berkata JPJ kini sedang membangunk­an e-manual KPP bagi menyelesai­kan isu kekurangan­bukuberken­aan pada masa akan datang.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata setiap pemimpin MCA di semua peringkat khususnya di pusat daerah mengundi (PDM) mempunyai petunjuk prestasi utama bagi memastikan mereka melaksanak­an tugas yang dipertangg­ungjawabka­n dengan sempurna.

“Semua calon MCA di peringkat kawasan, bahagian atau PDM perlu aktif untuk mencari pengundi dan juga ahli MCA sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya.

Beliau berkata sehingga kini lebih 500,000 pengundi dan ahli MCA di seluruh negara telah dikenal pasti dan usaha keras sedang dilaksanak­an secara lebih konsisten bagi menjejaki keseluruha­n kira-kira 1.08 juta pengundi dan ahli parti komponen berkenanan.

Sementara itu, beliau berkata rakyat perlu menilai perjuangan sebenar yang dibawa Barisan Nasional (BN) dan parti komponen dalam menjaga kebajikan, keharmonia­n dan kesejahter­aan rakyat, kestabilan ekonomi serta pembanguna­n negara yang lebih terancang. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia