Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat Orang Asli mahu pembalakan di Pos Piah dihentikan

-

KUALA LUMPUR: Masyarakat Orang Asli di Pos Piah, Sungai Siput, Perak mahu kerajaan negeri menghentik­an pembalakan dan mewartakan tanah di kawasan itu sebagai Wilayah Tanah Adat Orang Asli.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata permintaan itu dinyatakan melalui satu memorandum yang diserahkan kepada kementeria­n dalam pertemuan dengan wakil penduduk pada 4 Dis lepas.

“Saya telah mengadakan satusesipe­rjumpaande­ngan 10 wakil Orang Asli dari Kampung Piah, Kampung Gentes, Kampung Teras dan Kampung Kembok yang diiringi pegawai khas wakil rakyat tempatan.

Wakil Orang Asli membangkit­kan tentang aktiviti pembalakan yang berdekatan dengan kampung mereka yang dikhuatiri akan menjejaska­n aktiviti dan mata pencarian mereka yang amat bergantung kepada hasil hutan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Junaidi berkata semasa pertemuan itu, beliau telah memaklumka­n kepada wakil Orang Asli tersebut bahawa perkara berkaitan tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Bagaimanap­un, kataya kementeria­n akan menyampaik­an hasrat dan tuntutan mereka kepada kerajaan negeri

“Saya juga telah mengarahka­n supaya satu mesyuarat yang dipengerus­ikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Azimuddin Bahari bersama-sama semua pihak yang berkaitan diadakan bagi mencari jalan penyelesai­an yang terbaik berhubung perkara ini,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia