Utusan Borneo (Sabah)

Pastikan tiada penduduk tercicir

Program baik-pulih diteruskan ke fasa ketiga

-

KENINGAU: Kerajaan mencadangk­an program baik-pulih rumah secara gotong-royong di bawah program Pejabat Pembanguna­n Persekutua­n Negeri Sabah (PPPNS) Unit Penyelaras­an Jabatan PerdanaMen­teriditeru­skan untuk fasa ketiga akan datang bagi kawasan daerah kecil Sook.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ellron Alfred Angin berkata, ia memandangk­an sambutan penduduk yang memerlukan amat baik selain memastikan tiada penduduk lain tercicir daripada menerima bantuan itu.

“Ada kemungkina­n kerajaan akan membuat satu lagi peringkat ketiga pembaikan rumah ini...kita berharap ia juga membantu membaiki rumah-rumah yang sudah usang,” katanya.

Beliau ditemui selepas meninjau baik-pulih rumah secara gotong-royong di bawah program pejabat PPPNS, Unit Penyelaras­an Jabatan Perdana Menteri di Kampung Malima di daerah kecil itu pada Jumaat.

Katanya, untuk fasa pertama dan kedua, sebanyak 100 rumah penduduk di bawah senarai program e-Kasih telah dibaikpuli­h masing-masing setiap rumah menerima peruntukan berjumlah RM10,000 untuk daerah kecil ini dan Nabawan dalam Parlimen Pensiangan.

Sementara itu, para penduduk kampung yang menerima bantuan baikpulih rumah berterima kasih kepada usaha kerajaan memberi bantuan itu.

Pada lawatan kerja itu, Ellron yang juga Adun Sook turut menyampaik­an bantuan keperluan harian kepada para penerima bantuan baik-pulih rumah yang dilawati.

Hadir sama, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Sook Charles Ikang dan kakitangan PPPNS.

“Ada kemungkina­n kerajaan akan membuat satu lagi peringkat ketiga pembaikan rumah ini...kita berharap ia juga membantu membaiki rumah-rumah yang sudah usang. ” DATUK ELLRON ALFRED ANGIN Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri

 ??  ?? ELLRON bersama penerima bantuan serta kakitangan UPPM Sook dan PPPNS.
ELLRON bersama penerima bantuan serta kakitangan UPPM Sook dan PPPNS.
 ??  ?? ELLRON (berdiri, kiri) meninjau kerja baik-pulih rumah.
ELLRON (berdiri, kiri) meninjau kerja baik-pulih rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia