Utusan Borneo (Sabah)

Senyum, tangis ragam kanak-kanak berkhatan

-

PASIR SALAK: Senyum, risau dan menangis...itulah antara gelagat 33 kanak-kanak dari kawasan sekitar Kampung Gajah di sini sewaktu mengikuti program khatan, Ahad.

Program yang bermula pada 9.30 pagi itu, dimulakan dengan perarakan masuk kanak-kanak berkenaan ke Masjid Al-Makmur, Sungai Galah dengan berpakaian baju Melayu serta bersamping.

Semua kanak-kanak berkenaan yang berumur lingkungan empat hingga11ta­hunkemudia­ndimandika­n beramai-ramai menggunaka­n hos bomba sebelum masuk ke bilik khas untuk dikhatanka­n.

Seorang peserta, Mohd Akif Ramadan Roszaili, 8, dari Kampung Tersusun Balun Bidai walaupun takut beliau tetap gembira kerana kawankanak­nya turut sama berkhatan.

“Datang sini dengan mak dan ayah...takut sikit tapi ada ramai kawan-kawan jadi tak takut sangat,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini, Ahad.

Sementara itu, Muhammad Firdaus Abdullah Sani, 8, dari Kampar ceria sewaktu menceritak­an pengalaman­nya berkhatan beramairam­ai pada majlis tersebut.

“Mula-mula dapat mandi air bomba lepas tu masuk bilik kena sunat. Saya ada menangis sikit sebab kena cucuk dengan jarum tapi selepas itu tidak rasa apaapa,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata acara berkenaan dapat merapatkan lagi hubungan silaturahi­m penduduk di kawasan tersebut.

“Program sebegini dapat mengumpulk­an ibu bapa dan anak-anak serta pemimpin masyarakat untuk menjalinka­n ukhuwah sesama kita.

“Ini penting supaya kita terus bersatu padu dan mewujudkan suasana yang mesra antara satu sama lain kerana ia akan menjurus kepada perkara yang lebih baik,” katanya yang merupakan Anggota Parlimen Pasir Salak.- Bernama

 ?? GambarBERN­AMA ?? TIMBALAN Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sedang memandikan kanak-kanak dengan pili Bomba sebelum berkhatan pada program berkhatan beramairam­ai di Masjid Al-Makmur Kampung Makmur Sungai Galah, Ahad. -
GambarBERN­AMA TIMBALAN Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sedang memandikan kanak-kanak dengan pili Bomba sebelum berkhatan pada program berkhatan beramairam­ai di Masjid Al-Makmur Kampung Makmur Sungai Galah, Ahad. -
 ?? - GambarBERN­AMA ?? KANAK-KANAK kelihatan gembira bermain air ketika di mandikan dengan pili Bomba ketika program berkhatan beramai-ramai di Masjid Al-Makmur Kampung Makmur Sungai Galah, Ahad.
- GambarBERN­AMA KANAK-KANAK kelihatan gembira bermain air ketika di mandikan dengan pili Bomba ketika program berkhatan beramai-ramai di Masjid Al-Makmur Kampung Makmur Sungai Galah, Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia