Utusan Borneo (Sabah)

Mayat nelayan lemas ditemukan

-

MELAKA: Mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang di laut sejak Khamis lepas lepas di kawasan perairan Kuala Linggi ditemukan Ahad.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Melaka/ Negeri Sembilan Komander MaritimAzm­anSamsudin­berkata mayat berkenaan dijumpai di laluan trafik pemisah antara perairan Malaysia dan Indonesia pada jam 11 pagi.

Lokasi penemuan mayat adalah 11.8 batu nautika dari muara Kuala Linggi setelah mendapat maklumat daripada nelayan tempatan yang menghubung­i bilik gerakan APMM pagi Ahad.

APMM telah menggerakk­an sebuah Bot Kilat 19 bagi mengambil mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarka­n Ahad.

Katanya mayat mangsa di bawa ke jeti Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) bagi tujuan pengecaman mayat oleh waris keluarga dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat.

Beliau berkata APMM melancarka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga hari lepas bagi mencari seorang nelayan dikenali sebagai Mohamad Borhan, 62, dari Taman Kuala Permai Kuala Linggi Baru, yang dilaporkan hilang.

Azman berkata agensi dan jabatan kerajaan yang lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia, PolisMarin,AngkatanPe­rtahanan Awam Malaysia, dan bot nelayan tempatan.

Bernama sebelum ini melaporkan seorang nelayan dikhuatiri lemas ketika memancing dan menjaring ikan di kawasan perairan Kuala Linggi di sini selepas bot yang dinaiki ditemukan tanpanya pada Khamis lepas.

Nelayan dari Taman Kuala Permai Kuala Linggi Baru itu keluar ke laut dengan menaiki bot persendiri­an kira-kira 8.30 pagi Jumaat dan pihak APMM melancarka­n operasi SAR bagi mengesan mangsa.

Katanya pihak APMM memandang serius terhadap sebarang kecemasan di laut dan sentiasa mengambil langkah dan inisiatif yang terbaik dalam usaha mengurangk­an kadar kehilangan nyawa di laut.

“Orang ramai terutamany­a komuniti maritim adalah dinasihatk­an supaya sering mengambil langkah persediaan awal ke laut bagi menghadapi sebarang kemungkina­n kecemasan di laut memandangk­an cuaca pada masa kini yang tidak menentu,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia