Utusan Borneo (Sabah)

Bible Knowledge perlu diperkasa

Bermula ketika kanak-kanak memasuki alam persekolah­an

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Mata pelajaran Bible Knowledge perlu diperkasak­an di peringkat sekolah menengah lagi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Seri Panglima Wilfred MadiusTang­auberkatau­saha itu adalah untuk memberi kesedaran mengenai kepentinga­n pengetahua­n agama kepada masyarakat Kristian, bermula ketika mereka memasuki alam persekolah­an.

“Adalah lebih baik mulakan pengajaran ini sejak mereka di tingkatan satu lagi dan ketika menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah menengah.

“Seperti mana usaha Sekolah Menengah (SM) St Peter Telipok yang sudahpun mengambil mata pelajaran ini dan diajarkan kepada pelajar mereka sejak tingkatan satu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Perayaan Krismas Manggatal 2017, di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau mencadangk­an melalui Majlis Gereja-Gereja Malaysia untuk berkempen memberi kesedaran kepada ibu bapa berkenaan pentingnya pendidikan agama di sekolah.

“Melalui kempen ini, ibu bapa sedar bahawa mata pelajaran Bible Knowledge ini penting diajarkan di sekolah.

“Di Tuaran sahaja, hanya dua daripada 10 sekolah yang melaksanak­an mata pelajaran ini pada masa kini.

“Tahun hadapan, kita mahu pastikan lebih 500 pelajar mengambil mata pelajaran ini di seluruh negeri,” katanya.

Sementara itu, Madius menyifatka­n cadangan menyediaka­n terjemahan Alkitab oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah bukan tugas yang mudah.

Katanya untuk membuat terjemahan berkenaan, seseorang itu perlu mempelajar­i dan memahami pelbagai aspek bagi mengelakka­n kesilapan tafsiran sebenar kandungan Alkitab.

“Kita menerima dengan hati terbuka usaha DBP untuk menterjema­h Alkitab namun mereka perlu memahami kejadian yang diceritaka­n, tempat kejadian yang tercatat bagi mendapat terjemahan yang sebenar.

“Membuat terjemahan ini bukan kerja main-main. Perlu belajar bahasa tertentu seperti Arab dan Greek,” katanya.

Turut hadir ialah pengerusi bersama Jawatankua­sa Pelaksana Perayaan Krismas Manggatal 2017, Dr Jidon Lagung dan Lifred Wong.

“Melalui kempen ini, ibu bapa sedar bahawa mata pelajaran Bible Knowledge ini penting ” diajarkan di sekolah DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MADIUS TANGAU Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti)

 ??  ?? MADIUS (lima kiri) menerima cenderahat­i disampaika­n Jidon (empat kanan).
MADIUS (lima kiri) menerima cenderahat­i disampaika­n Jidon (empat kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia