Utusan Borneo (Sabah)

118 bekas pekerja kilang besi tuntut tunggakan gaji, pampasan

-

KUANTAN: Seramai 118 pekerja kilang besi di kawasan Perindustr­ian Gebeng di sini, menuntut bekas majikan mereka segera membayar tunggakan gaji dan pampasan selepas mendakwa diberhenti­kan kerja secara mengejut.

Wakil kumpulan itu, Zafran Ahmad, 43, berkata mereka diberhenti­kan secara berperingk­at sejak hujung 2016 sehingga 16 Okt lalu susulan syarikat yang disenaraik­an dalam Bursa Malaysia itu mengambil pendirian mengurangk­an operasi ekoran kekurangan permintaan besi di pasaran dunia.

Zafran mendakwa syarikat itu juga didapati gagal melakukan caruman dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) walaupun ada membuat pemotongan berdasarka­n keterangan pada penyata gaji.

“Tindakan syarikat itu tidak membayar gaji tertunggak dan pampasan ternyata membebanka­n pekerja yang perlu menanggung perbelanja­an keluarga. Ada dalam kalangan kami masih belum mendapat pekerjaan.

“Kami sudah membawa hal ini kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang kemudianny­a mengatur perbincang­an antara pekerja dan majikan pada 15 Nov lalu, namun hasilnya mengecewak­an kerana mereka tidak menghantar wakil,” katanya kepada pemberita selepas menyertai demonstras­i aman di sini, pada Ahad.

Seramai 80 bekas pekerja kilang itu menyertai demontrasi tersebut.

Zafran yang sebelum ini merupakan penyelia di kilang itu menambah mereka juga sedang berbincang untuk mengambil tindakan undangunda­ng bagi memastikan hak pekerja diperoleh sekiranya masih tiada keputusan diberikan oleh pihak pengurusan.

Seorang bekas penyelia mesin Mohd Khaizal Idris, 42, yang diberhenti­kan pada hujung tahun lalu berkata dia dan rakannya juga sudah membawa masalah itu ke Mahkamah Perusahaan yang kemudianny­a memutuskan bekas majikannya itu perlu membayar tunggakan gaji.

“Malangnya sehingga kini mereka masih belum berbuat demikian, sepatutnya mereka bayar penuh gaji kami tetapi hanya membayar gaji bagi 12 hari bekerja. Kami berharap masalah ini mendapat pembelaan kerana wang itu ntuk menyediaka­n kelengkapa­n persekolah­an anak dan membayar hutang,” katanya.

Sementara itu, wakil pengurusan kanan kilang itu ketika dihubungi berkata pihaknya hanya akan membuat pembayaran tunggakan gaji dan pampasan selepas proses perbincang­an selesai dan jumlah sebenarnya dimuktamad­kan.

“Jumlahnya dianggarka­n RM700,000 dan kami kini dalam proses perbincang­an menerusi kesatuan pekerja. Selainituj­umlahtuntu­tanyang sebenarper­ludimuktam­adkan oleh peguam…tunggu semua sudah selesai baru syarikat akan bayar,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia