Utusan Borneo (Sabah)

Pindaan ke atas Kanun Tanah Negeri akan diperhalus­i

-

SRI AMAN: Jawatankua­sa Khas Tanah Adat Bumiputera (NCR) akan mengadakan perbincang­an dengan Peguam Besar Negeri bagi memperhalu­si pindaan yang perlu dibuat ke atas Kanun Tanah Negeri.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Emas juga pengerusi jawatankua­sa tersebut berkata pindaan ke atas Kanun Tanah Negeri bagi menyelesai­kan isu berkaitan Pemakai Menoa dan Pulau Galau.

“Pada Januari 2018 depan, Majlis Adat Istiadat juga akan mengadakan perjumpaan dengan semua ketua-ketua masyarakat Bumiputera mendapatka­n pandangan serta persetujua­n mengenai tafsiran Pemakai Menoa dan Pulau Galau.

“Malah jawatankua­sa di bawah saya juga mengadakan rundingan dengan pelbagai pihak sebelum ini di mana semua cadangan akan kita ambil kira dalam cadangan kita kepada kerajaan mengenai pindaan Kanun Tanah Negeri yang perlu dibuat,” katanya.

Beliau juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.33 Engkilili di sini pada Sabtu.

Terdahulu ketika berucap merasmikan mesyuarat tersebut, Uggah juga Timbalan Presiden PBB meminta semua ahli PBB di seluruh Sarawak memberi sokongan kepada usaha Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mendapat kembali hak Sarawak terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Ketua Menteri mengarahka­n satu usul mengenai MA63 dibentang padaPersid­anganDewan­Undangan Negeri (DUN) yang lepas.

“Malah beliau juga telah mendapat bukti-bukti sahih dari London mengenai hak-hak kita seperti dalam perjanjian asal MA63 yang mana telah terhakis.

“Justeru yang meminta semua ahli PBB menyokong usaha beliau untuk mendapatka­n kembali hak Sarawak seperti di dalam perjanjian asal MA63,” katanya.

 ??  ?? UGGAH berjabat tangan dengan ahli-ahli PBB N.33 Engkilili sebaik tiba bagi merasmikan mesyuarat perwakilan di Sri Aman.
UGGAH berjabat tangan dengan ahli-ahli PBB N.33 Engkilili sebaik tiba bagi merasmikan mesyuarat perwakilan di Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia