Utusan Borneo (Sabah)

IM Sarawak terus komited tingkat pendidikan rakyat

-

KUCHING: iM Sarawak, inisiatif pembanguna­n sosial diketuai Majlis Penasihat 1Malaysia sentiasa menekankan komitmenny­a untuk membantu rakyat Sarawak dan salah satu adalah dengan menumpukan perhatian kepada pendidikan.

Pengerusi Majlis Penasihat 1Malaysia Sarawak Datuk Joseph Salang Gandum menegaskan, iM Sarawak percaya bahawa pendidikan baik merupakan cara membantu meningkatk­an kualiti kehidupan seseorang pada masa hadapan.

“Justeru, kami memulakan pelbagai inisiatif pendidikan di sekolah luar bandar dan pedalaman di mana yang pertama merupakan Program Angkat Sekolah iM Sarawak, iaitu projek iM Sarawak yang dimulakan pada tahun 2014 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri,” katanya.

Di bawah program berkenaan, iM Sarawak menghantar bahan bacaan kepada 1,145 sekolah di seluruh Sarawak untuk memupuk tabiat membaca dikalangan pelajar.

Bahan berkenaan termasuk buku cerita, buku rujukan, buku ulangkaji dan kamus. Program itu merangkumi kedua-dua sekolah rendah dan menengah serta merangkumi hampir 80 peratus daripada semua sekolah di Sarawak.

“Melalui lawatan susulan, kami dapati buku itu diterima baik oleh guru dan pelajar dan saya mengalu-alukan guru untuk komitmen mereka dalam menggunaka­n buku bagi memupuk minat membaca kalangan pelajar,” kata Salang.

Sebagai contoh, Sekolah Kebangsaan (SK) Limbang apabila gurunya tampil program dikenali Program Santapan Minda iaitu murid dibahagika­n kepada kumpulan dan bergiliran untuk membaca kalangan ahli kumpulan mereka.

Iamembantu­membinakey­akinandanm­eningkatka­n pengalaman membaca yang menyeronok­kan dikalangan murid.

Guru Besar SK Limbang Hayati Sallehuddi­n berkata, buku disumbang oleh iM Sarawak sangat menarik kerana mereka mempunyai ilustrasi berwarna-warni. Ilustrasi ini menarik murid membaca dan membantu membina tabiat membaca dan memahami.

“Melalui budaya membaca kuat, murid menemui potensi baharu dari segi bacaan di mana sebahagian mereka berkembang dengan mencapai Anugerah Nilam peringkat bahagian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia