Utusan Borneo (Sabah)

Bangkai enjin kapal jadi tarikan

Peninggala­n Perang Dunia Kedua di Kg Loro Kecil, Kudat

- Oleh JOHAN AZIZ

BANGKAI enjin kapal perang tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua (1942) yang terletak di pesisir pantai menjadi tarikan kepada Ketua Polis Daerah Kudat Superinten­dan Douglas Nyeging Taong dan pegawainya semasa melakukan lawatan kerja ke Kampung Loro Kecil, Kudat pada Jumaat.

Bangkai itu masih dijaga dengan baik oleh penduduk kampung dan telah meletakkan papan tanda di kawasan letaknya kesan sejarah Perang Dunia Kedua untuk tatapan bagi mereka yang melawat perkampung­an itu.

Douglas bersama beberapa penduduk kampung turut melakukan kerja membersihk­an kawasan tapak bangkai enjin kapal itu diletakkan.

Beliau menyifatka­n Kampung Loro Kecil sebuah perkampung­an yang begitu indah dengan pendudukny­a yang sentiasa hidup harmoni dan aman selain pesisir pantai yang begitu luas dan sentiasa bersih.

Katanya, semangat bekerjasam­a dan gotong royong menjadi amalan penduduk kampung itu selain begitu mesra dengan pengunjung yang datang melawat ke kampung itu.

Douglas bersama dua pegawai dan empat anggotanya telah melakukan lawatan kerja ke kampung itu bagi memantau keselamata­n dan beramah mesra dengan penduduk kampung itu.

“Kami amat teruja dengan kemesraan penduduk kampung ini dan Ketua Kampung Justine telah memberitah­u bahawa keadaan kampung itu sentiasa aman damai dan pendudukny­a sentiasa hidup harmoni dengan mengamalka­n budaya bekerjasam­a antara satu sama lain.

“Menurut Justine, kebanyakan penduduk kampung itu bekerja sebagai nelayan,” katanya.

Beliau memberitah­u objektif lawatan itu adalah bagi meningkatk­an kerjasama antara pucuk pimpinan Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat bersama penduduk kampung berkenaan.

Selain itu, meninjau keadaan keselamata­n kampung yang terletak di pesisir pantai dan bagi mendapatka­n maklumat soal keselamata­n termasuk jenayah dan dadah.

“Lawatan seumpama ini juga meningkatk­an keyakinan masyarakat terhadap usaha berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengekalka­n keselamata­n daerah ini,” katanya sambil menambah, pengisian program adalah beramah mesra dengan penduduk kampung selain melawat sekitar kawasan perkampung­an itu.

Menurut beliau, lawatan itu berjalan dengan baik dan lancar di mana penduduk Kampung Loro Kecil sangat gembira di atas kehadirann­ya bersama rombongan ke kampung itu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) DOUGLAS memerhatik­an bangkai enjin kapal tentera Jepun selepas ia dibersihka­n.
(Gambar kanan) DOUGLAS bersama pegawainya dan sebahagian penduduk kampung mengabadik­an kenangan di bangkai enjin kapal tentera Jepun.
(Gambar atas) DOUGLAS memerhatik­an bangkai enjin kapal tentera Jepun selepas ia dibersihka­n. (Gambar kanan) DOUGLAS bersama pegawainya dan sebahagian penduduk kampung mengabadik­an kenangan di bangkai enjin kapal tentera Jepun.
 ??  ?? DOUGLAS terpegun mendengar lagu yang dimainkan oleh seorang wanita warga emas dengan seruling menggunaka­n hidungnya.
DOUGLAS terpegun mendengar lagu yang dimainkan oleh seorang wanita warga emas dengan seruling menggunaka­n hidungnya.
 ??  ?? PENDUDUK kampung bersama Douglas dan pegawainya selepas lawatan itu.
PENDUDUK kampung bersama Douglas dan pegawainya selepas lawatan itu.
 ??  ?? PESISIR pantai perkampung­an Loro Kecil Kudat.
PESISIR pantai perkampung­an Loro Kecil Kudat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia