Utusan Borneo (Sabah)

KPDNKK rampas 210 kotak susu

Susulan aduan seorang bayi mengalami muntah-muntah

-

KULAI: Sebanyak 210 kotak susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dirampas dalam lima serbuan sekitar Johor Bahru, Khamis lepas.

Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Johor Khairul Anwar Bachok berkata serbuan yang dilakukan di lima premis berupa kedai ubat-ubatan dan kedai serbaneka itu merupakan hasil risikan dan pemantauan pengadu iaitu pengeluar susu sebenar sejak Ogos.

“Ia susulan aduan yang diterima berkaitan seorang bayi mengalami muntahmunt­ah yang teruk setelah menggunaka­n susu ini yang kemudianny­a didapati adalah tiruan oleh pihak pengeluar produk ini,” kata beliau kepada pemberita di Stor KPDNKK dekat Senai, pada Ahad.

Menurut Khairul Anwar, tiga daripada premis berkenaan didapati menjual susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dengan nilai rampasan dianggarka­n RM42,000.

“Kotak susu yang disyaki tiruan bercampur dengan kotak susu yang asli di rak jualan. Susu tersebut turut dijual dengan harga yang sama dengan susu pek tulen iaitu sekitar RM200 setiap pek,” kata beliau.

Hasil siasatan mendapati pemilik premis perniagaan yang berumur 50 tahun itu, mendakwa tidak mengetahui susu rumusan bayi seberat 1.8 kilogram setiap kotak itu, adalah tiruan.

Selain itu, invois pembelian susu rumusan bayi berkenaan menggunaka­n nama dan alamat syarikat yang palsu bagi mengeliruk­an pihak berkuasa.

Justeru itu, pihak kami akan mempergiat­kan lagi operasi di daerah lain bagi mengesan produk-produk susu rumusan bayi yang tiruan dalam usaha mengenal pasti sumber pengeluar dan produk tiruan ini,” kata beliau.

Selain itu, pihaknya juga akan menghantar susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dengan susu rumusan sebenar ke Jabatan Kimia bagi mengenal pasti perbezaan kandungan antara keduanya.

Kesemuabar­anganterse­but disita di bawah Seksyen 8 (2) (b) Akta Perihal Dagangan 2011 bagi tujuan siasatan lanjut.

Bagi kesalahan yang dilakukan membabitka­n produk tiruan ini denda yang dikenakan sebanyak RM10,000 bagi setiap barangan yang dipamerkan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua bagi orang perseorang­an bagi kesalahan kali pertama.

Bagi kesalahan kali kedua, denda RM20,000 bagi setiap barangan yang dipamerkan atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Khairul Anwar turut menasihati pengguna agar berhati-hati dalam membuat pembelian ke atas barangan yang terdapat di pasaran dan boleh menghubung­i cawangan KPDNKK yang berdekatan untuk mengetahui perbezaan antara produk susu yang tiruan dan tulen bagi jenama itu. - Bernama

“Kotak susu yang disyaki tiruan bercampur dengan kotak susu yang asli di rak jualan. Susu tersebut turut dijual dengan harga yang sama dengan susu pek tulen iaitu sekitar RM200 pek.” setiap KHAIRUL ANWAR BACHOK Pengarah KPDNKK Johor

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia