Utusan Borneo (Sabah)

5,000 berhimpun pertahan Sultan Selangor

-

SHAH ALAM: Kira-kira 5,000 warga Selangor dari pelbagai kaum dan agama berhimpun di Dataran Mayang, Seksyen 16, di sini bagi menzahirka­n kesetiaan dan mempertaha­nkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

Perhimpuna­n rakyat ‘Daulat Tuanku’ yang bermula pada 9.30 pagi itu bertujuan mempertaha­nkan dan menzahirka­n daulat kepada baginda berikutan kenyataan anggota DAP Datuk Zaid Ibrahim menghina Sultan Selangor menerusi Twitter baru-baru ini.

Ia juga sebagai mengecam Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad ekoran kenyataan menghina etnik Bugis yang telah mengguris hati baginda dan mendesak tindakan tegas diambil terhadap kedua-dua ahli politik itu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Tan Sri Noh Omar berkata himpunan itu yang dianjurkan pimpinan BN negeri di semua peringkat menuntut kerajaan PKR Selangor melarang Zaid dan Dr Mahathir berucap di mana-mana kawasan atau premis di Selangor.

“Polis juga tidak harus mengeluark­an sebarang permit bagi Zaid dan Dr Mahathir berucap di mana-mana perhimpuna­n dan pentas politik di Selangor,” katanya ketika berucap pada himpunan itu yang disambut oleh sorakan gemuruh rakyat Selangor.

Turut hadir beberapa pemimpin BN dan badan bukan kerajaan Selangor.

Nohyangjug­apenasihat­himpunan itu berkata pihaknya mahu Zaid dan Dr Mahathir memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor dan disiasat di bawah Akta Hasutan.

Beliau berkata kerajaan negeri pimpinan PKR dilihat tidak berbuat apa-apa dalam mempertaha­nkan baginda susulan kenyataan Dr Mahathir yang didakwa menghina etnik Bugis hingga menyebabka­n Sultan murka, lebih-lebih lagi menjelang Hari Keputeraan baginda yang disambut hari ini. - Bernama

 ??  ?? NOH (tengah) berucap pada perhimpuna­n Daulat Tuanku Bagi Menyatakan Sokongan Kepada Sultan Selangor terhadap kenyataan biadap dan menderhaka terhadap Sultan Selangor pada Ahad. - Gambar BERNAMA
NOH (tengah) berucap pada perhimpuna­n Daulat Tuanku Bagi Menyatakan Sokongan Kepada Sultan Selangor terhadap kenyataan biadap dan menderhaka terhadap Sultan Selangor pada Ahad. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia