Utusan Borneo (Sabah)

Pastikan BN menang besar

Umno Sabah ikrar galas amanat Najib diterjemah­kan di semua peringkat

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA LUMPUR: Umno Sabah komited untuk memastikan amanat dan pesanan penting dalam ucapan penggulung­an Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak, dihayati dan diterjemah­kan sepenuhnya dalam bentuk tindakan dan gerak kerja di semuaperin­gkatkepimp­inan dan ahli Umno di negeri ini.

Ketua Menteri merangkap Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Sabah Tan Sri Musa Aman berkata pesanan penting dan penegasan dalam ucapan penggulung­an presiden itu merupakan satu suntikan semangat kepada ahli Umno Sabah kembali ke akar umbi masing-masing.

“Pesanan itu dapat memperkuku­hkan lagi kesatuan sesama anggota dan memantapka­n jentera parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke14 (PRU-14), sekali gus memastikan Umno dan BN memperoleh kemenangan besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan penggulung­an dan penangguha­n Presiden sempena Perhimpuna­n Agung Umno (PAU) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, berakhir pada malam Sabtu.

Dalam ucapannya, Najib memberikan tiga ‘bekalan’ kepada perwakilan Umno untuk dibawa pulang daripada perhimpuna­n agung parti itu ke kawasan masingmasi­ng, demi memastikan kemenangan BN dalam PRU14.

Perdana Menteri berkata antara bekalan itu ialah supaya pimpinan di peringkat bahagian Umno menyelesai­kan sebarang masalah kepimpinan secara ‘musyawarah’ dalam semangat kekeluarga­an parti.

Selain itu, beliau turut meminta ahli Umno supaya berjuang dan bertempur dengan penuh berani bagi mencapai kemenangan besar demi mempertaha­nkan Putrajaya.

Dalam pada itu, Musa mengalu-alukan sikap keterbukaa­n presiden parti berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dipolemikk­an pihak tertentu.

Dalam ucapan penggulung­an itu, Najib ada menyebut bahawa kerajaan sentiasa bersikap terbuka berhubung MA63, sambil menyatakan kesediaan mengembali­kan apa yang mungkin terlepas pandang.

“Umno Sabah juga sekali lagi menyambut baik dan menyokong penuh penegasan dan pendirian presiden parti mengenai perkara-perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963,” katanya.

Musa berkata ia jelas membuktika­n keprihatin­an dan keterbukaa­n presiden Umno untuk menjamin hak, kepentinga­n rakyat dan negeri Sabah dalam perjanjian itu sentiasa terpelihar­a.

“Pesanan penting dan penegasan dalam ucapanpeng­gulunganpr­esidenitum­erupakan satu suntikan semangat kepada ahli Umno Sabah kembali ke akar umbi masing-masing. Pesanan itu dapat memperkuku­hkan lagi kesatuan sesama anggota dan memantapka­n jentera parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke14 (PRU-14), sekali gus memastikan Umno dan BN memperoleh ” kemenangan besar.

 ??  ??
 ??  ?? TAN SRI MUSA AMAN
Ketua Menteri merangkap Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Sabah
TAN SRI MUSA AMAN Ketua Menteri merangkap Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Sabah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia