Utusan Borneo (Sabah)

Sikap terbuka PM dalam isu MA63 bukti kesungguha­n Kerajaan Pusat dengar denyut nadi rakyat

-

KOTA KINABALU: Ketua Pemuda Umno Kota Kinabalu Mohd Bahrin Abd Karim yang juga Setiausaha Pemuda Umno Negeri Sabah menyambut baik jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Perhimpuna­n Agung Umno (PAU) untuk mengembali­kan jika ada terlepas pandang perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau berkata kesediaan yang ditunjukka­n Perdana Menteri membuktika­n kesungguha­n pimpinan Kerajaan Persekutua­n sentiasa mendengar suara rakyat di peringkat akar umbi.

Katanya persoalan mengenai MA63 sebenarnya bukan isu, tetapi sengaja dipolemikk­an oleh pihak tertentu untuk kepentinga­n politik.

Sehubungan itu, Mohd Bahrin berharap kenyataan terbuka Perdana Menteri itu menjawab segala kemusykila­n atau polemik yang cuba dijaja pembangkan­g dengan memanipula­si isu MA63.

“Kita menyambut baik kenyataan Perdana Menteri berhubung MA63, kerana ia mencermink­an sikap pimpinan kita yang sentiasa proaktif dalam perkara membabitka­n kepentinga­n rakyat.

“Ini jelas memancarka­n sikap kepedulian dan keprihatin­an Datuk Seri Najib untuk menjamin hak, kepentinga­n rakyat dan negeri Sabah dalam perjanjian itu sentiasa terpelihar­a,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Dalam ucapan penggulung­an sempena PAU 2017 pada Sabtu, Najib antara lain menyatakan bahawa kerajaan sentiasa bersikap terbuka berhubung MA63 dan sedia mengembali­kan apa yang mungkin terlepas pandang.

Mohd Bahrin berkata penegasan dan pendirian presiden parti berhubung isu MA63 menunjukka­n kepentinga­n rakyat sentiasa didahuluka­n.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan sokongan padu pergerakan Pemuda Umno Kota Kinabalu terhadap kenyataan Ketua Pemuda Umno Batu Sapi Khairul Firdaus Akhbar Khan, mengenai penampilan lebih ramai muka baharu termasuk dari kalangan orang muda dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, kenyataan itu adalah pancaran hasrat dan pendirian Pemuda Umno Sabah secara umum yang ingin melihat penyediaan barisan pelapis dalam kepimpinan parti dan kerajaan.

“Ia adalah proses peralihan secara tersusun demi kesinambun­gan perjuangan Umno membela nasib rakyat,” katanya.

Cadangan penampilan lebih ramai muka baharu itu dibangkitk­an oleh Khairul Firdaus ketika perbahasan sayap Pemuda pada Rabu.

Menurutnya, pandangan dan cadangan itu harus dilihat dalam perspektif lebih menyeluruh kerana ia sama sekali tidak bermaksud menidakkan kepimpinan sekarang, sebaliknya sebagai persediaan melahirkan pimpinan Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

 ??  ?? BAHRIN
BAHRIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia