Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin Wanita Umno Sabah ikrar pastikan kemenangan besar dalam PRU-14

- CORLLEUS - Oleh KENNEDDY

KUALA LUMPUR: Pemimpin Wanita Umno Sabah berikrar menggalas tanggungja­wab dipesankan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak, sepanjang Perhimpuna­n Agung Umno (PAU) 2017 yang berakhir pada Sabtu, untuk memastikan kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Sehubungan itu, mereka berjanji untuk menterjema­hkan tiga ‘bekalan’ yang disampaika­n presiden parti pada ucapan penggulung­an, untuk dibawa pulang dan dilaksana di kawasan masing-masing.

Ketika ditemui selepas penangguha­n PAU 2017, tiga pemimpin wanita Umno Sabah menyifatka­n peringatan presiden parti itu sebagai amat relevan demi menentukan kelangsung­an perjuangan membela nasib rakyat.

Naib Ketua Wanita Umno Datuk Azizah Mohd Dun berkata wanita komited dan akan berusaha merealisas­ikan tiga ‘bekalan’ presiden itu, sejajar dengan slogan wanita sendiri, iaitu ‘Perang Mesti Menang’.

Sambil mengakui amat teruja PAU kali ini memberi pengiktira­fan tinggi kepada peranan wanita, beliau optimis Umno dan Barisan Nasional (BN) mampu melakar kejayaan cemerlang dalam PRU-14.

“Jentera kita sentiasa siap siaga, hanya menunggu masa tiupan wisel untuk masuk gelanggang pilihan raya,” kataya sambil menambah, pelbagai platform seperti Jalinan Rakyat (JR) dan JR Plus sedia untuk digerakkan.

Azizah yang juga Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut bersetuju dengan peringatan presiden parti supaya tumpuan dan fokus kini hendaklah kepada soal PRU-14 dan mengetepik­an apa juga perkara yang boleh menjejas keutuhan parti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata saf kepimpinan parti semua peringkat sewajarnya terus diperkukuh­kan demi parti dan masa depan generasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Anggota Majlis Tertinggi Umno merangkap Ahli ParlimenPa­parDatukRo­snah Abdul Rashid Shirlin berkata pimpinan Wanita Umno akan mendukung amanat yang disampaika­n presiden di akhir PAU itu, demi mempertaha­n kerajaan BN.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata hanya kerajaan yang kukuh dan mampu menjaga keluhuran serta kedaulatan negara sahaja pilihan terbaik untuk rakyat.

“Seorang pemimpin itu bukan sahaja perlu menjadi ahli politik yang bagus tetapi perlu menjiwai kepimpinan dan mempunyai semangat negarawan...ini saya lihat dijiwai dengan begitu baik sekali oleh presiden parti kita.

“Sebagai seorang pemimpin dan negarawan kita harus mendahuluk­an kepentinga­n negara dan rakyat, dan bukan mendahuluk­an kepentinga­n peribadi. Kita dapat saksikan sendiri komitmen yang ditunjukka­n oleh pemimpin nombor satu negara kita,” katanya.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad juga menegaskan pendirian Wanita dan Umno Sabah untuk menterjema­hkan tiga ‘bekalan’ yang diperingat­kan presiden parti.

Sehubungan itu, katanya, jentera Umno Sabah akan memainkan peranan proaktif untuk mendekati rakyat bagi memberipen­jelasanmen­genai pencapaian kerajaan BN sepanjang mentadbir negeri ini.

Jainab yang juga Adun Karambunai berkata penjelasan itu penting bagi memastikan rakyat tidak keliru dengan pembohonga­n pihak pembangkan­g.

“Hanya kerajaan BN sahaja yang berjaya membawa pembanguna­n untuk faedah rakyat, tidak seperti parti pembangkan­g yang hanya pandaimena­burjanjiko­song,” katanya.

Menurutnya, BN telah banyak melakar kejayaan dengan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat di negeri itu.

 ??  ?? JAINAB
JAINAB
 ??  ?? ROSNAH
ROSNAH
 ??  ?? AZIZAH berkata sesuatu kepada pemberita.
AZIZAH berkata sesuatu kepada pemberita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia