Utusan Borneo (Sabah)

Pemilik premis enggan bayar cukai taksiran jejaskan kerja-kerja penyelengg­araan

-

NILAI: Sikap pembayar cukai yang tidak endah untuk membayar cukai taksiran pada waktunya menyebabka­n pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya dapat mengutip hasil 70 peratus sahaja daripada jumlah keseluruha­n, setiap tahun.

Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Nilai (MPN) Datuk Abd Halim Abd Latif berkata setiap tahun MPN hanya dapat mengutip hasil sebanyak RM37 juta berbanding jumlah keseluruha­n iaitu RM53 juta manakala Majlis Perbandara­n Seremban (MPS) pula mengutip RM44 juta berbanding jumlah keseluruah­n RM64 juta.

Katanya perkara itu bukan sahaja menyebabka­n jumlah tunggakan semakin meningkat namun turut menjejaska­n kerjakerja penyelengg­araan infrastruk­tur dan sebagainya.

“Kutipan cukai taksiran ini dibuat dua kali setahun iaitu pada Januari - Februari dan Julai - Ogos. Namun setiap tahun kutipan cukai taksiran membabitka­n cukai taksiran industri, syarikat, kediaman dan perdaganga­n yang diperoleh daripada seluruh kawasan pentadbira­n MPN dan Majlis Perbandara­n Seremban (MPS) masing-masing hanya 70 peratus daripada jumlah keseluruha­n.

“MPN sepatutnya kutip sebanyak RM53 juta tetapi dapat RM37 juta manakala MPS pula sepatutnya mengutip sebanyak RM64 juta tetapi hanya dapat RM44 juta, sedangkan perbelanja­an untuk penyelengg­araan dan sebagainya melebihi daripada hasil yang diperoleh,” katanya kepada pemberita selepas program Ceramah Combi dan Taklimat Pengasinga­n Sampah Di Rumah di sini, Ahad.

Abd Halim berkata pihak MPN dan MPS bergantung sepenuhnya kepada kutipan cukai taksiran sebagai sumber kewangan untuk menjalanka­n kerja-kerja penyelengg­araan infrastruk­tur, kemudahan awam, projek pembanguna­n dan sebagainya.

“Kewangan kita selain daripada bantuan kerajaan negeri dan kutipan denda, kita bergantung kepada kutipan cukai taksiran ini. Jadi apabila sumber kewangan terjejas, kita hanya boleh buat sekadar apa yang kita mampu sahaja.

Katanya, justeru tindakan tegas diambil iaitu dengan mengeluark­an notis, kompaun termasuk mengenakan tindakan mahkamah ke atas pemilik premis yang masih berdegil.

“Bayangkan ada pemilik rumah kediaman yang tidak bayar cukai sejak 1976, dan apabila kita ambil tindakan untuk lelong kediamanny­a, boleh pula dia bayar cukai tertunggak,” katanya.

Tambahnya, cukai taksiran yang dikenakan kepada pemilik premis adalah berdasarka­n penilaian yang dibuat pada tahun 1996 bagi MPN manakala MPS pada tahun 1981.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia