Utusan Borneo (Sabah)

MAIK kesal dipersalah­kan rumah kekal baharu Kg Limau Kasturi belum siap

-

KOTA BHARU: Majlis AgamaIslam­danAdatIst­iadat Melayu Kelantan (MAIK) kesal dengan dakwaan pihak tertentu yang menyalahka­n agensi itu apabila rumah kekal baharu bagi mangsa banjir di Kampung Lima Kasturi, Gua Musang masih belum siap dan tidak boleh diduduki.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Mohd Azlan Abdul Hadi berkata hanya empat daripada 45 rumah masih belum siap setakat ini selain kelewatan pembinaan infrastruk­tur seperti jalan masuk, longkang dan pemasangan paip.

“Kita jangka empat rumah yang belum siap itu akan dapat disiapkan dalam tempoh tiga minggu lagi dan selepas kerja-kerja infrastruk­tur disiapkan, kita harap penghuni akan dapat menduduki rumah mereka selewat-lewatnya hujung Januari tahun depan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Lundang di sini, Ahad.

Beliau mengulas mengenai laporan akhbar yang mendakwa rumah kekal baharu di kawasan seluas 3.8 hektar di Kampung Limau Kasturi itu hanya siap 80 peratus dan masih tidak boleh didiami.

Nik Azlan berkata pembinaan rumah di Kampung Limau Kasturi dilaksanak­an secara berperingk­at berdasarka­n tahap penyediaan infrastruk­tur seperti kerjakerja penyediaan tapak yang bukan di bawah tanggungja­wab MAIK.

“Adalah diharapkan semua pihak mengutamak­an semangat kerjasama dan musyawarah kerana pembinaan rumah di Limau Kasturi telah memasuki fasa akhir dan dijangka siap tidak lama lagi,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia