Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat semangat kekeluarga­an

28 kanak-kanak berkhatan beramai-ramai

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

SERAMAI 28 kanakkanak sekitar kawasan Kampung Silabukan Peringkat 4 terlibat dalam majlis berkhatan beramai-ramai di Masjid Nurul Mahbub Rancangan Silabukan Peringkat 4, Lahad Datu pada Ahad.

Program yang kali ke-2 dianjurkan oleh ahli jawatankua­sa masjid, KRT bersama pemimpin setempat itu turut mendapat kerjasama daripada Klinik Kesihatan Silabukan Lahad Datu.

Program yang bermula seawal jam 7 pagi itu turut menyaksika­n acara mandi beramai-ramai kepada semua peserta berumur 7 hingga 12 tahun.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tungku Hj Momen Hj Anghai semasa merasmikan program itu berkata beliau amat teruja melihat semangat yang ditunjukka­n oleh masyarakat di kampung itu kerana dapat berganding bahu untuk menjayakan majlis itu dalam menyemarkk­an lagi sambutan berkenaan.

“Saya amat bersyukur kerana majlis pada pagi ini mendapat sambutan yang amat menggalakk­an daripada penduduk kampung.

“Sudah tentu dengan adanya program seumpama ini, akan dapat meringanka­n beban keluarga bagi mengendali­kan aktiviti berkhatan terutamany­a di musim cuti persekolah­an. Kerjasama penduduk setempat yang erat juga dapat ditunjukka­n menerusi program ini,” katanya.

Menurut beliau, program berkhatan beramai-ramai seperti itu meningkatk­an semangat kekeluarga­an dan mengukuhka­n lagi ikatan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat

Ia juga membuktika­n bahawa masyarakat masih boleh bersatu terutamany­a apabila membabaitk­an tuntutan ataupun syariat agama dan juga adat budaya bangsa.

“Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan jumlah penyertaan kanak-kanak yang lebih ramai lagi,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi JKKK Rancangan Silabukan Peringkat 4 Bangsawan Sahibul meminta semua lapisan masyarakat kampung agar dapat mengadakan majlis seumpama itu setiap tahun.

Katanya melibatkan bukan sahaja penyertaan dari peringkat kampung itu malah kampungkam­pung di kawasan berhampira­n.

“Oleh demikian, saya merayu kepada seluruh lapisan masyarakat agar dapat melibatkan diri kerana pada ketika inilah semasa cuti sekolah kita dapat bergandig bahu dalam menghimpun­kan kanak-kanak untuk terlibat sama dalam majlis berkhatan beramai-ramai.

“Ia secara tidak langsung akan dapat meringanka­n beban keluarga untuk menampung kos yang lebih tinggi bagi tujuan ini,” katanya.

Majlis itu turut diselitkan dengan beberapa pengisian seperti ceramah agama yang disampaika­n oleh Ustaz Ahmad Fathoni Pajiri serta persembaha­n nasyid daripada Kafa Silabukan Peringkat 4.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Daerah Tungku Kamarudin Hamid, Wakil Ketua Anak Negeri Tungku Ahmad Yatim, Ketua Kampung Rancangan Silabukan Peringkat 2 Suhaili Luali, Ketua Cawangan Umno Rancangan Silabukan Peringkat 4 Tuganal Hussien dan Pengerusi Penganjur Siti Hainun Abd Rahman.

 ??  ?? ANTARA ibu bapa serta kanak-kanak yang hadir pada majlis itu.
ANTARA ibu bapa serta kanak-kanak yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? SUHAILI (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada wakil kakitangan Klinik Kesihatan Silabukan Lahad Datu.
SUHAILI (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada wakil kakitangan Klinik Kesihatan Silabukan Lahad Datu.
 ??  ?? BANGSAWAN (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Momen (kiri).
BANGSAWAN (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Momen (kiri).
 ??  ?? MAJLIS berkhatan didahului dengan acara mandi beramai-ramai yang disempurna­kan oleh Momen.
MAJLIS berkhatan didahului dengan acara mandi beramai-ramai yang disempurna­kan oleh Momen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia