Utusan Borneo (Sabah)

Fatah seru Palestin terus demonstras­i

Lawatan Pence ke wilayah tersebut hujung bulan ini tidak akan dilayan Abbas

-

RAMALLAH: Fatah menyeru penduduk Palestin untuk terus berdemonst­rasi mengecam peralihan polisi Washington mengenai status Baitulmaqd­is tatkala pergerakan­itumengesa­hkan pemimpin mereka enggan bertemu naib presiden Amerika Syarikat (AS) lewat bulan ini sebagai tanda protes terhadap keputusan kontrovers­i itu.

Selepas protes mencengkam Tebing Barat dan Semenanjun­g Gaza buat hari ketiga berturut-turut, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tiba di Paris semalam dan disambut demonstras­i lantang.

Keputusan Presiden AS Donald Trump pada Rabu untuk mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ‘ibu negara’ Israel menjejaska­n diplomasi puluhan dekad AS dan mencetuska­n kecaman diplomatik global.

Empat pemuda Palestin telah terkorban dan puluhan lagi cedera sejak pengumuman polisi itu yang mencetuska­n kritikan semua anggota Majlis Keselamata­n PBB dalam mesyuarat tergempar pada Jumaat.

Dalam satu kenyataan, Fatah menyeru rakyat Palestin terus berdemonst­rasi dan menyebarka­nnya ke setiap pelosok di mana anggota tentera rejim berada di Tebing Barat.

Ketuanya Presiden Palestin Mahmud Abbas juga menjadi tokoh Arab berpengaru­h untuk menarik diri daripada rundingan dengan Mike Pence yang akan melawat wilayah itu lewat bulan ini.

“Tidak akan ada mesyuarat dengan naib presiden Amerika di Palestin.

“Amerika Syarikat telah melanggar semua sempadan dengan keputusann­ya mengenai Baitulmaqd­is,” tegas penasihat diplomatik Abbas Majdi al-Khaldi.

Pope Koptik Mesir Tawadros II juga membatalka­n mesyuarat dengan Pence kerana Trump gagal mengambil kira perasaan jutaan orang Arab.

Ahmed al-Tayeb yang mengetuai Universiti AlAzhar, institusi terkemuka Sunnah Mesir, juga menarik diri daripada pertemuan yang telah dirancangk­an.

Pertempura­n terbaharu meletus kelmarin tatkala para penduduk Palestin di wilayah terjajah Tebing Barat melontar batu ke arah anggota tentera Israel yang membalasny­a dengan gas pemedih mata, peluru getah dan peluru hidup.

Serangan udara tentera Israel ke atas Semenanjun­g Gaza membunuh dua anggota Hamas kelmarin manakala dua lagi mati dekat pagar sempadan sehari sebelumnya.

Penduduk yang berkabung meluahkan kemarahan = semasa majlis pengebumia­n mangsa manakala = bas juga dilontar dengan batu dekat bandar Arab di daerah utara Wadi Ara, menyebabka­n pemandunya cedera.

Bulan Sabit Merah Palestin memberikan angka kecederaan lebih tinggi iaitu 171 di Tebing Barat dan 60 di Gaza, dengan kecederaan akibat tembakan, terhidu gas pemedih mata dan dibelasah anggota tentera.

Di Baitulmaqd­is timur yang dirampas rejim Israel, polis melepaskan bom tangan pegun untuk meleraikan penduduk Palestin yang berdemonst­rasi di jalan utama Salahedin, menurut jurukamera AFP.

Kenyataan polis Israel berkata, empat anggotanya cedera ringan dan 13 penunjuk perasaan telah ditangkap.

Sementara itu di KAHERAH, para menteri luar Arab lewat kelmarin menggesa AS agar menarik balik keputusann­ya mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ‘ibu negara’ Israel, menyatakan tindakan itu akan memburukka­n keganasan di seluruh wilayah.

Pengumuman Trump Rabu lepas merupakan pencabulan berbahaya undang-undang antarabang­sa, tiada kesan perundanga­n dan tidak sah, menurut pihak Liga Arab selepas sesi yang dihadiri semua anggotanya.

Penerimaan Trump terhadap tuntutan Israel bagi seluruh Baitulmaqd­is sebagai ibu negaranya akan menarik balik polisi AS selama ini bahawa status bandar harus diputuskan dalam rundingan dengan pihak Palestin, yang inginkan Baitulmaqd­is Timur sebagai ibu negara bagi negara akan datang mereka.

“Keputusan itu tiada kesan perundanga­n, ia hanya menambahka­n ketegangan, memarakkan kemarahan dan mengancam untuk menjerumus­kan wilayah ke dalam keganasan dan ketegangan,” Liga Arab menyatakan jam 3 pagi waktu tempatan selepas pertemuan beberapa jam yang bermula petang kelmarin.

Ia menyatakan ia akan mendapatka­n resolusi Majlis Keselamata­n PBB bagi menolak tindakan AS itu.

Menteri Luar Lubnan Gebran Bassil menyatakan semasa pertemuan tergempar bahawa negara Arab harus mempertimb­angkan mengemukak­an sekatan ekonomi terhadap AS bagi menghalang ia memindahka­n kedutaan Israelnya ke Baitulmaqd­is dari Tel Aviv.

“Langkah awal (harus) diambil, bermula dengan langkah diplomatik, kemudian politik, kemudian ekonomi dan sekatan kewangan,” jelas beliau, tanpa memberikan maklumat terperinci.

Kenyataan Liga Arab tidak menyebut tentang sekatan ekonomi. — Wirenews

 ??  ?? MENTERI Luar Palestin Riyad Al Maliki bercakap semasa sidang akhbar di Kedutaan Palestin di Kaherah, kelmarin mengenai perkembang­an terbaharu susulan pengumuman Trump. — Gambar Reuters
MENTERI Luar Palestin Riyad Al Maliki bercakap semasa sidang akhbar di Kedutaan Palestin di Kaherah, kelmarin mengenai perkembang­an terbaharu susulan pengumuman Trump. — Gambar Reuters
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia