Utusan Borneo (Sabah)

Sami wanita Shinto dibunuh adiknya sendiri

-

TOKYO: Seorang sami wanita Shinto dibunuh di kawasan makam terkenal di Tokyo oleh seorang lelaki yang bersenjata­kan sebilah pedang tradisiona­l Jepun yang kemudian telah membunuh seorang wanita lain sebelum membunuh dirinya, menurut pihak polis pada Jumaat lepas, dalam apa yang dinyatakan oleh media tempatan sebagai pergaduhan keluarga.

Nagako Tomioka, 58, ketua sami wanita di makam Tokong Tomioka Hachimangu di Tokyo, diserang adik lelakinya Shigenaga Tomioka, 56, ketika keluar dari sebuah kereta pada petang Khamis.

Laporan media menyatakan suspek adalah adik bongsunya.

Sementara itu, isteri suspek yang berusia 30-an yang turut mengiringi­nya menikam dan mencederak­an pemandu kereta terbabit dengan sebilah pedang Jepun, menurut pihak polis.

Kecederaan pada bahu dan dadanya tidak berbahaya.

Selepas menetak kakaknya, Shigenaga kemudian menikam isterinya hingga mati dengan pedang, sebelum membunuh dirinya sendiri dengan pedang yang sama, menurut pihak polis.

Pihak polis enggan mengulas mengenai motif pembunuhan, namun media domestik menyatakan insiden kelihatan berpunca daripada persengket­aan keluarga.

Shigenaga telah mengirim surat ugutan kepada kakaknya pada 2006, menyatakan dia akan menghantar­nya ke neraka, kata akhbar Sankei.

Shinto agama tradisiona­l Jepun dan Tokong Tomioka Hachimangu yang ditubuhkan pada 1627, mempunyai hubungan rapat dengan sumo, di mana maharaja serta maharani pernah melawatnya pada 2012. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia