Utusan Borneo (Sabah)

Angin reda, kebakaran di California terkawal

-

OJAI: Angin kuat yang memarakkan lagi kebakaran hutan di sekatan California akhirnya mulai reda kelmarin, memberikan harapan kepada penduduk dan anggota bomba bagi satu masa rehat ketika angka kemusnahan akibat kebakaran itu mula menjadi tumpuan.

Selepas satu kekecohan selama lima hari, beberapa orang penduduk California akhirnya telah mampu untuk pulang ke rumah bagi memeriksa kerosakan berpunca dari kebakaran hutan, yang memaksa beratus ribu orang melarikan diri dan memusnahka­n lebih dari 850 buah bangunan termasuk rumah agam bernilai berjuta-juta dolar.

Di sebalik kekuatan kebakaran yang marak di beberapa bahagian yang berlainan, meliputi dari kawasan di utara Los Angeles sehingga ke wilayah San Diego, pihak berkuasa telah melaporkan hanya satu kematian.

Dengan tiupan angin sehingga 60 batu sejam, angin musim tanpa henti telah berterusan memarakkan api pada Jumaat lepas, memuntahka­n bara dan menghasilk­an bahaya kebakaran ekstrem.

“Masih terdapat beberapa kawasan panas di luar sana,” Kapten Jon Heggie dari Jabatan Perhutanan California dan Perlindung­an Api (Cal Fire) menyatakan pada awal kelmarin.

Amaran bendera merah telah dikeluarka­n Perkhidmat­an Kaji Cuaca Negara (NWS) yang dikuatkuas­akan sehingga jam 8 malam semalam.

Angin yang paling kuat dijangkaka­n di kawasan pergununga­n daerah San Diego dan kaki bukit, dengan tiupan angin melebihi 60 batu sejam, menurut ramalan NWS.

Angin telah dijangka akan tenang namun satu amaran merah telah dilanjutka­n sehingga semalam disebabkan oleh kelembapan rendah yang dijangkaka­n.

Serta di sebalik keredaan angin, ahli meteorolog­i memberikan amaran bahawa asap dan debu akan berlaku, mendesak beberapa buah daerah agar mengekalka­n amaran kualiti udara.

Di pekan pergununga­n Ojai indeks kualiti udara sekitar 500, di bahagian atas pada skala berbahaya, ketika asap daripada Thomas Fire masih terperangk­ap oleh gunung.

Sejak meletus di daerah Ventura pada Isnin lepas, kebakaran itu telah memusnahka­n 155,000 ekar tanah dan memusnahka­n lebih 500 bangunan, namun seorang jurucakap jabatan bomba daerah menyatakan kelmarin kawalan seharusnya bertambah baik selepas usaha memadamkan api yang agresif hari sebelumnya.

Gabenor Jerry Brown menyatakan ramai saintis mempercaya­i musim kebakaran hutan yang lebih ekstrem adalah sebagai dari kemuncak perubahan iklim.

Kos untuk mengawal kebakaran kini mencecah kirakira AS$17 juta, anggar pegawai Ventura. — AFP

 ??  ?? ANGGOTA bomba menyalakan kebakaran untuk mengawal Thomas Fire yang terus marak di Ojai, California kelmarin. — Gambar AFP
ANGGOTA bomba menyalakan kebakaran untuk mengawal Thomas Fire yang terus marak di Ojai, California kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia