Utusan Borneo (Sabah)

Sesi Parlimen Cameroon dicemari kecederaan

-

YAOUNDE: Seorang anggota perundanga­n tercedera akibat barang yang dilontar seorang Ahli Parlimen lain ketika ahli majlis undangan berbalah semasa satu perdebatan bajet yang kecoh di Cameroon, sumber-sumber memberitah­u kelmarin.

Sesi tersebut melihat Hermine Patricia Ndam Njoya daripada pihak pembangkan­g Kesatuan Demokratik Cameroon (UDC) melontar ke udara sebahagian mejanya sebagai membantah keengganan speaker dewan membenarka­n ahli perundanga­n daripada partinya untuk bercakap, menurut pegawai komunikasi UDC Amadou Mongwat.

Bahagian dari meja yang rosak telah mengenai kepala seorang anggota dari parti pemerintah Cameroon People’s Democratic Movement, menyebabka­n kecederaan ringan.

Mongwat menyatakan Njoya telah meminta maaf namun insiden itu masih melihat sesi ditangguhk­an.

Sementara itu, rakaman telah segera tersebar di dalam media sosial menunjukka­n mangsa yang mengalami kecederaan telah dirawat.

Anggota perundanga­n dari pihak pembangkan­g demokratik sosial utama SDF turut mengganggu sesi tersebut sebelum dan selepas insiden dengan melaungkan slogan-slogan dan malah cuba untuk mengganggu prosiding dengan meniupkan hon ‘vuvuzela’.

Kekeliruan adalah semakin bertambah teruk sehingga sesi itu akhirnya dibawa pada satu penamat ketika speaker mengumumka­n pelaksanaa­n bajet tanpa perbincang­an lanjut.

Kekecohan di dalam dewan muncul ketika Cameroon telah berada di ambang satu krisis berterusan di wilayah terpencil berbahasa Inggeris.

Presiden Senat menjanjika­n jawatankua­sa bagi menyiasat isu ‘anglophone’.

Jurucakap kerajaan Issa Tchiroma pada Jumaat lepas telah menggarisk­an komitmen tegas oleh Presiden Paul Biya untuk menggunaka­n semua cara yang ada bagi menghapusk­an “pemisah” di dalam negara ini.

Pada bulan lepas empat anggota tentera Cameroon dibunuh pihak pemisah yang disyaki di barat daya negara, semen tara pihak pemerhati antarabang­sa menyatakan sekurang-kurangnya 20 orang telah terkorban sejak September lepas.

Tentangan di kalangan pihak ‘anglophone’ mengenai diskrimina­si yang wujud telah membawa kepada satu pusingan tuntutan politik dan juga satu tindakan kerajaan, membawa kepada permintaan bagi pemisahan.

Tchiroma kemudian menerangka­n penahanan novelis Patrice Nganang Rabu lepas di Douala muncul selepas penyebaran dalam Facebook ugutan bunuh terhadap ketua negara. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia