Utusan Borneo (Sabah)

Empat ditembak mati rakan sepasukan

-

NEW DELHI: Seorang anggota tentera separa tentera membunuh empat rakan setugasnya dan mencederak­an seorang lagi di sebuah kem di tengah India, menurut pegawai semalam.

Anggota tentera itu mengacukan senjatanya ke arah rakan lain jam 5 petang waktu tempatan kelmarin di daerah Bijapur di wilayah Chhattisga­rh.

Konstabel pasukan separa tentera India (CRPF) itu kemudian melepaskan tembakan selepas satu pergaduhan yang dilaporkan.

“Dia menembak ke arah empat rakan CRPF yang mati di tempat kejadian.

“Seorang lagi anggota, seorang ASI (penolong subinspekt­or), tercedera dalam insiden itu,” kata pegawai tadbir Bijapur.

Pegawai kanan polis negeri Sundar Raj P. memberitah­u media tempatan kelmarin bahawa siasatan sedang dijalankan.

Beliau menyatakan anggota tersebut, Sanath Kumar, 35, telah diberkas dan disoal siasat.

Ketua menteri Chhattisga­rh dalam Twitter mengecam pembunuhan anggota tentera CRPF itu yang telah dikerahkan bagi operasi menangani keganasan.

Negeri itu antara kawasan panas dalam keganasan pengikut Mao.

Pasukan keselamata­n India, sering bekerja jauh dari rumah selama beberapa bulan, mempunyai sejarah bagi insiden seperti bunuh diri dan pembunuhan berkaitan masa kerja panjang, keadaan kerja kurang baik dan masa cuti tidak sepatutnya.

Pada Januari, seorang anggota tentera separa tentera daripada unit keselamata­n elit menembak mati empat pegawai kanannya dalam pergaduhan mengenai pembahagia­n cuti. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia