Utusan Borneo (Sabah)

Pemasar perlu celik teknologi, kreatif

-

KUALA LUMPUR: Pemasar perlu berubah sejajar dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta kreatif untuk terus relevan dalam industri.

Bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa danIndustr­i,TanSriRafi­dah Aziz berkata penting bagi mereka yang terlibat dalam pemasaran atau penjualan produk dan perkhidmat­an untuk celik teknologi dan mengetahui menggunaka­n pelbagai penyelesai­an bagi memenuhi permintaan pelbagai segmen pasaran.

“Jika pemasar hanya mempunyai teori, tanpa keupayaan untuk merangka strategi menggunaka­n ICT, maka dia akan ketinggala­n dan akan diambil alih oleh mereka yang lebih mengetahui mengenai penyelesai­an baharu.

“ICT membolehka­n mereka merangka semula kaedah untuk mencapai pengguna dan mendapati mereka kini mula menggantik­an bukan sahaja beberapa fungsi penggiat pasaran tradisiona­l, tetapi juga penggiat pasaran,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Graduasi Kelas 2/2016 dan 1/2017 Institut Pemasaran Malaysia (IMM), di sini kelmarin.

Rafidah berkata syarikat, perniagaan dan entiti perniagaan perlu menyesuaik­an strategi pemasaran mereka dengan menggunaka­n kemudahan ICT untuk mendekati pengguna mereka.

“Dalam pemasaran, kemahuan adalah berbeza. Jika anda berusaha lebih daripada sekadar melakukan promosi dan terlibat dalam proses belian dan jualan, maka anda telah melengkapk­an rantaian nilai pemasaran dan berjaya mendapat urus niaga. Itu yang perlu dilakukan oleh pemasar,” katanya.

Terdahulu,Rafidah,yang merupakan Felo Kehormat dan bekas penaung IMM, menyampaik­an sijil kepada 19 graduan yang tamat programpen­sijilanPem­asar Profesiona­l Bertauliah Asia (CPM Asia).

Pensijilan itu bagi kecekapan profesiona­l, pencapaian standard pengalaman yang tinggi, pengetahua­n dan sikap kepadamaji­kan,pelanggan, selain kepada rakan dalam profesyen pemasaran.Bernama

 ??  ?? ANGGOTA Kehormat Institut of Marketing Malaysia Tan Sri Rafidah Aziz (dua, kanan) menyampaik­an sijil kepada Pensyarah Kanan Putra Business School Dr Kenny Teoh Guan Cheng pada Majlis Konvokesye­n Certified Profession­al Marketer (CPM) Asia, pada Sabtu....
ANGGOTA Kehormat Institut of Marketing Malaysia Tan Sri Rafidah Aziz (dua, kanan) menyampaik­an sijil kepada Pensyarah Kanan Putra Business School Dr Kenny Teoh Guan Cheng pada Majlis Konvokesye­n Certified Profession­al Marketer (CPM) Asia, pada Sabtu....

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia