Utusan Borneo (Sabah)

Danajamin sediakan jaminan sukuk RM600 juta SkyWorld

-

KUALA LUMPUR: Syarikat penginsura­ns jaminan kewangan, Danajamin Nasional Bhd, menjamin kemudahan peningkata­n kredit untuk Tranche 1 program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) Sukuk Musharakah bernilai RM600 juta selama 12 tahun yang dikeluarka­n oleh SkyWorld Capital Bhd, syarikat tujuan khas yang dimiliki sepenuhnya oleh SkyWorld Developmen­t Sdn Bhd.

Danajamin dalam satu kenyataan,berkatakem­udahan peningkata­n kredit itu diperlukan bagi membolehka­n Tranche 1 IMTN berkenaan diberi penarafan AA3/Stabil dalam pasaran sukuk oleh RAM Rating Services Bhd.

“Terbitan pertama dibuat ke atas kemajuan pengebilan projek pembanguna­n SkyAwani 1 di Sentul, yang merupakan projek perumahan mampu milik pertama kumpulan di bawah program Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutua­n (RUMAWAP),” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Danajamin, Mohamed Nazri, berkata jaminan tersebut merupakan transaksi berstruktu­r di Malaysia untuk mengewangk­an kemajuan pengebilan sesebuah projek pembanguna­n hartanah.

“Kami amat berbesar hati dapatmemai­nkanperana­nbagi membantu pemaju hartanah seperti Skyworld Capital Bhd dengan menyediaka­n sebahagian atau jaminan penuh membabitka­n projekproj­ek perumahan mampu milik,” katanya.

Sehingga sekarang, Danajamin telah membawa impak pasaran sebanyak kirakira RM20 bilion.

Pengasas/Pengarah Urusan Kumpulan SkyWorld, Datuk Ng Thien Phing berpendapa­t sukuk berkenaan menjadi program yang pertama seumpamany­a di Malaysia dan urus niaga dengan Danajamin menandakan permulaan yang positif bagi SkyWorld Developmen­t Group.

“SkyAwani 1 dan 2 merekodkan kadar ambilan sebanyak 100 peratus.

“Dengan lebih 52.6 hektar simpanan tanah berkualiti bernilai RM13 bilion dalam nilai pembanguna­n kasar, kami berada di landasan yang betul bagi membuat transforma­si ke atas bandar tersebut serta membuka nilai tanah kami,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia