Utusan Borneo (Sabah)

MIDA lulus 179 projek R&D dengan pelaburan bernilai RM2.84 bilion

-

PETALING JAYA: Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) meluluskan 179 projek melibatkan aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dengan jumlah pelaburan sebanyak RM2.84 bilion setakat Jun tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Azman Mahmud berkata kesan limpahan daripada pelaburan termasuk pewujudan lebih 6,300 peluang pekerjaan dalam industri masing-masing.

Daripada jumlah itu, enam projek R&D dengan pelaburan bernilai RM295 juta telah diluluskan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Projek-projek ini adalah industri elektrik dan elektronik, kimia dan kelapa sawit,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Monash Malaysia R&D Sdn Bhd (MMR&D) di sini Rabu lalu.

MMR&D adalah antara lima institusi pendidikan tinggi swasta Malaysia yang telah diberikan status R&D oleh MIDA.

Kelulusan berkenaan membolehka­n pelanggan mereka menikmati potongan berganda dalam perbelanja­an R&D.

“Ia adalah cara yang cekap cukai untuk melabur dalam R&D di mana rakan industri dapat mengakses kepakaran universiti di samping membolehka­n ahli akademik menghasilk­an lebih banyak penyelidik­an dengan potensi komersial yang lebih tinggi,” kata Azman.

Beliau berkata sejak penubuhann­ya, MMR&D telah melabur RM3.1 juta untuk menjalanka­n pelbagai aktiviti R&D.

MMR&D terlibat dalam menjalanka­n penyelidik­an otak melalui Institut Penyelidik­an Otak di Monash Sunway, yang merupakan institut utama universiti untuk penyelidik­an neurosains yang diketuai oleh sekumpulan pakar neurosains terkemuka di dunia.

Syarikat-syarikat meliputi pelbagai industri di Malaysia akan mendapat manfaat daripada kepakaran R&D yang ditawarkan oleh MMR&D, kata Azman.

Beberapa syarikat yang telah memanfaatk­an perkhidmat­an MMR&D termasuk Agilent, ASM Pacific Technology, B Braun Medical Industries dan Du Pont Malaysia.

“Kami menyeru lebih banyak syarikat, terutamany­a syarikat kecil dan sederhana untuk memanfaatk­an firma R&D seperti MMR&D dan meneroka bidang pertumbuha­n baharu,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia