Utusan Borneo (Sabah)

MIDA sedang nilai projek RM600j daripada 10 syarikat Jepun

-

KUALALUMPU­R:Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang menilai beberapa projek bernilai RM600 juta daripada 10syarikat­Jepun,kataMenter­i Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Sentiasa ada aliran masuk pelaburan yang kukuh dari Jepun, dalam pelbagai bahagian seperti sektor pembuatan, perkhidmat­an dan prasarana. Kita ada projek yang sedang dalam perancanga­n bernilai kirakira RM600 juta.

“Saya harap beberapa cadangan ini akan dimuktamad­kan dalam beberapa minggu akan datang,” katanya pada sidang akhbar semasa Forum Perniagaan Malaysia Nikkei 2017, di sini, baru-baru ini.

Bagi separuh pertama tahun ini, MIDA meluluskan sejumlah 16 projek pembuatan daripada syarikat Jepun bernilai RM559 juta, dengan 75 peratus daripada ini pelaburan semula oleh syarikat yang telahpun beroperasi di sini.

Sementara itu, Duta Jepun ke Malaysia, Makio Miyagawa berkata, semasa lawatan ke Jepun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangk­an Malaysia menjadi penasihat kepada Jepun bagi perniagaan halal.

“Ini perlu diteruskan memandangk­an peningkata­n jumlah pelancong Islam yang datang ke Jepun. Kami tidak mempunyai pengetahua­n teknologi, jadi boleh bergantung kepada nasihat yang baik dari Malaysia,” katanya.

Forum sehari itu yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke60 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jepun, dianjurkan oleh MIDA dan Nikkei Inc.

Forum tersebut yang bertemakan ‘The New Era of Asean Malaysia as Asian Business Hub’ (Era Baharu Asean Malaysua sebagai Hab Perniagaan Asia) menarik kira-kira 500 ketua perniagaan, dengan majoritiny­a dari Jepun yang mewakili antara syarikat paling utama di negara itu. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia