Utusan Borneo (Sabah)

FBM KLCI dijangka catat peningkata­n sederhana

Harga minyak pulih, Trump laksana pelan pembaharua­n cukai

-

KUALA LUMPUR: Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mencatat peningkata­n sederhana minggu ini untuk mencecah 1,730, selain diterajui harga minyak yang pulih dan pelan pembaharua­n cukai Presiden AS Donald Trump, serta sentimen berhati-hati dalam pasaran.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata keyakinan terhadap pembaharua­n cukai Trump membawa kepada prestasi Wall Street yang kukuh baru-baru ini dan dijangka berterusan hingga minggu ini.

Awal bulan ini, Senat AS meluluskan rang undangunda­ng pembaharua­n cukai, menjadikan Parti Republikan dan Trump lebih hampir dengan matlamat untuk mengurangk­an cukai perniagaan.

“Sementara itu, petunjuk ekonomi Malaysia stabil seperti rizab antarabang­sa berjumlah AS$101.9 bilion pada 30 Nov, 2017. Ringgit turut mengukuh berbanding dolar AS sebanyak 10 peratus setakat ini tahun ini, menunjukka­n aliran masuk dana asing yang positif,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanap­un, Nazri Khan berkata pasaran turut memantau ketegangan politik yang semakin meningkat di Timur Tengah selepas Trump mengumumka­n keputusan untuk mengiktira­f Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel.

Bagi perbanding­an Jumaat kepada Khamis, FBM KLCI naik 3.39 mata kepada 1,721.25 daripada 1,717.86, dengan pasaran kebanyakan­nya dipengaruh­i oleh faktor luaran.

Indeks FBM Emas jatuh 62.91 mata kepada 12,345.40, Indeks FBMT 100 susut 49.67 mata kepada 12,019.79 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 128.87 mata kepada 12,791.28, FBM 70 berkuranga­n 330.22 mata kepada 15,110.26. FBM Ace merosot 79.22 mata kepada 6,232.41.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan naik 62.71 mata kepada 15,989.04, Indeks Perladanga­n susut 38.11 mata kepada 7,856.08, manakala Indeks Perusahaan jatuh 23.58 mata kepada 3,149.31.

Jumlah dagangan meningkat kepada 8.86 bilion unit bernilai RM12.05 bilion daripada 7.87 bilion unit bernilai RM12.7 bilion minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 6.05 bilion saham bernilai RM11.60 bilion daripada 5.44 bilion saham bernilai RM12.32 bilion.

Jumlah dagangan waran naik kepada 982.47 juta unit bernilai RM134.08 juta berbanding 938.2 juta unit bernilai RM102.83 juta pada minggu sebelumnya.

Pasaran ACE meningkat kepada 1.80 bilion saham bernilai RM822.99 juta daripada 1.47 bilion saham bernilai RM275.19 juta sebelum ini. -Bernama

“Sementara itu, petunjuk ekonomi Malaysia stabil seperti rizab antarabang­sa berjumlah AS$101.9 bilion pada 30 Nov, 2017. Ringgit turut mengukuh berbanding dolar AS sebanyak 10 peratus setakat ini tahun ini, menunjukka­n aliran masuk dana asing yang positif.

DATUK DR NAZRI KHAN ADAM KHAN

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia