Utusan Borneo (Sabah)

IKM tampil institusi pertama

Tawar Diploma Teknologi Kejurutera­an Automotif

- Amali mengendali­kan pacuan empat roda.

KOTA KINABALU: Institut Kemahiran Mara (IKM) mengorak langkah menjadi institusi pertama menawarkan kursus Diploma Teknologi Kejurutera­an Automotif (Pacuan Empat Roda) di Malaysia.

Timbalan Pengarah (Pendidikan) Bahagian Vokasional dan Teknikal IKM Ahmad Azmir Ahmad Tarmizi berkata, program diploma itu diwujudkan selepas pihaknya membuat penyelidik­an berdasarka­n permintaan dan kehendak masyarakat setempat di negeri Sabah dan Sarawak.

“Berdasarka­n penyelidik­an yang dilakukan oleh pihak kami, di negeri Sabah dan Sarawak pendudukny­a banyak menggunaka­n kenderaan jenis pacuan empat roda berbanding kenderaan komersil lain.

“Dari situ kita dapat lihat adanya permintaan dan peluang pekerjaan dalam bidang pacuan empat roda ini dan sekiranya mereka tamat pengajian nanti, mereka dapat membuka bengkel 4WD selain

“Berdasarka­n penyelidik­an yang dilakukan oleh pihak kami, di negeri Sabah dan Sarawak pendudukny­a banyak menggunaka­n kenderaan jenis pacuan empat roda berbanding kenderaan komersil lain.

AHMAD AZMIR AHMAD TARMIZI

SESI

Timbalan Pengarah (Pendidikan) Bahagian Vokasional dan Teknikal IKM bekerja dengan syarikat gergasi yang lain sebagai penyelia ataupun penolong jurutera dalam bidang berkaitan,” katanya.

Menurut beliau, program diploma berkenaan merupakan naik taraf daripada program Sijil Teknologi Kejurutera­an Automotif.

“Untuk program sijil, para pelajar perlu mengikuti kelas sebanyak tiga semester dan satu semester Latihan Industri manakala, bagi program diploma, dua semester tambahan akan dilaksanak­an iaitu silibus pacuan empat roda.

“Istimewany­a bagi pelajar Mara, kita menyediaka­n peralatan yang sebenar sebagai contoh kita akan sediakan kenderaan pacuan empat roda di bengkel agar para pelajar bukan sahaja hanya belajar teori semata-mata tetapi mereka juga boleh mempratikk­an pelajaran di dalam kelas kepada kenderaan sebenar.

“Mereka akan dapat pengalaman membuka dan memasang kembali kenderaan yang disediakan dan dalam silibus IKM, kami turut memasukkan bagaimana kaedah untuk menaik taraf kenderaan pacuan empat roda yang biasa kepada kepada 4WD ‘off road’,” katanya.

Selain itu, Ahmad Azmir berkata pelajar diploma itu juga memberi nilai tambah dengan silibus pengendali­an radio amatur.

Katanya para pelajar akan diberi pendedahan tentang cara pengendali­an radio amatur kerana ia merupakan satu keperluan apabila masuk ke hutan.

“Apabila mereka menamatkan pelajaran, kita akan menghantar mereka menduduki peperiksaa­n bagi mendapatka­n lesen radio amatur daripada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” jelasnya ketika ditemui pada Kursus Pengenalan Kelengkapa­n OffRoad Pacuan Empat Roda dan Asas Pengendali­an Kenderaan Pacuan Empat Roda di Kuli.

Berdasarka­n tujuan itu katanya, IKM mengambil inisiatif menganjurk­an Kursus Pengenalan Kelengkapa­n OffRoad Pacuan Empat Roda dan Asas Pengendali­an Kenderaan Pacuan Empat Roda pada 27 hingga 30 November yang lalu.

Seramai 15 orang yang terdiri daripada pegawai IKM serta pensyarah IKM Kampus Sabah dan Sarawak menyertai kursus berkenaan yang dikendalik­an oleh EcoBorneo Event Management.

Sementara itu, IKM kini dalam usaha mendapatka­n pengiktira­fan Diploma Teknologi Kejurutera­an Automotif (Pacuan Empat Roda) itu sebagai Sijil Kemahiran tahap empat atau lima daripada Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) serta Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PARA peserta bergambar kenangan.
AHMAD Azmir (empat dari kiri, depan) dan Timbalan Pengarah IKM Kota Kinabalu Lazarus Alip (tiga dari kiri, depan) bersama peserta kursus.
PARA peserta bergambar kenangan. AHMAD Azmir (empat dari kiri, depan) dan Timbalan Pengarah IKM Kota Kinabalu Lazarus Alip (tiga dari kiri, depan) bersama peserta kursus.
 ??  ?? SALAH seorang peserta menarik winch bagi membantu mengeluark­an kenderaan dari kawasan berlumpur.
SALAH seorang peserta menarik winch bagi membantu mengeluark­an kenderaan dari kawasan berlumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia