Utusan Borneo (Sabah)

250 sertai Seminar Teknologi Kejayaan Diri NLP

-

KOTA KINABALU: Akademik NLP Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Kementeria­n Pendidikan Tinggi, GPS Bistari, Sinar Harian dan Kumpulan Karangkraf berjaya menganjurk­an Seminar Teknologi Kejayaan Diri NLP (Neuro Lingustic Programmin­g) di bawah corak NLP untuk pelajar di Dewan Resital UMS.

Seramai 250 pelajar dari tingkatan satu hingga enam telah mengikuti program sehari itu dengan diiringi ibu bapa dan guru-guru masingmasi­ng.

Program itu dikendalik­an tiga jurulatih yang diketuai Masri Judah dengan dibantu oleh sukarelawa­n dari kalangan pelajar universiti yang telah didedahkan lebih awal tentang NLP sama ada dalambentu­kNLPCoachi­ng, NLP for Student ataupun NLP in Communicat­ion.

Ketika ditemui, Masri berkata program itu adalah istimewa kerana kerjasama penganjur yang meliputi pelbagai organisasi yang diketuai oleh Akademik NLP Malaysia, Kementeria­n Pendidikan Tinggi, UMS serta beberapa agensi lain, selain yuran penyertaan yang rendah.

Beliau yang selalu dijemput ke beberapa tempat di seluruh Sabah bagi berkongsi tentang NLP turut menjelaska­n individu yang yang berjaya wajar membantu orang lain untuk berjaya kerana sesuatu kejayaan yang dimiliki itu pun sememangny­a adalah atas bantuan orang lain.

Tambahnya, peserta NLP for Student untuk sesi hujung tahun 2017 ini amat bertuah kerana dibekalkan dengan sebuah buku kerja terbiran Akademik NLP Malaysia bagi menjadikan program itu benar-benar berkesan.

“Ia kerana, mereka bukan saja didedahkan dengan sesi ceramah secara dua hala malah didedahkan kaedah meluahkan apa yang terbuka di minda ke dalam buku kerja yang disediakan,” katanya.

Salah seorang peserta, Nor Syahirah Seloh, 13, dari Kota Belud merasa amat beruntung kerana berjaya menjadi peserta program itu dan telah mendapat input baharu daripada corak serta kaedah NLP yang diketengah­kan.

“Saya tertarik dengan Corak Bulatan Kecemerlan­gan (COE) yang mampu menghadirk­an kembali kejayaan lalu dan membawa kegembiraa­n itu semula untuk dimodelkan bagi mencapai sasaran dan matlamat yang baharu. Saya berharap ada lagi program seumpama ini di masa akan datang,” katanya.

Program yang diadakan selama lapan jam itu berjaya mendedahka­n pelajar dengan pengunaan sepenuhnya mindasedar­danmindaba­wah sedar, kekuatan inkantasi, kombinasi suara fisiologi dan niat untuk menyampaik­an sesuatu, cerita metafora yang mampu melonjakka­n tahap pemikiran mereka menjadi lebih kuat dan berani, sekali gus membantu mereka ke arah peningkata­n prestasi cemerlang.

 ??  ?? MASRI (lima dari kiri) bersama sukarelawa­n pelajar UMS. Turut kelihatan dua jurulatih NLP yang turut sama menjayakan program itu, Muhammad Jumrat Minsun (empat dari kanan) dan Ahirunnish­am Ahmad (lima dari kanan).
MASRI (lima dari kiri) bersama sukarelawa­n pelajar UMS. Turut kelihatan dua jurulatih NLP yang turut sama menjayakan program itu, Muhammad Jumrat Minsun (empat dari kanan) dan Ahirunnish­am Ahmad (lima dari kanan).
 ??  ?? PARA Peserta mengambil gambar kenang-kenangan.
PARA Peserta mengambil gambar kenang-kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia