Utusan Borneo (Sabah)

‘Senja’ adaptasi daripada kisah benar

-

MERONG Studios adalah produksi filem yang baru ditubuhkan oleh mahasiswa/i jurusan Seni Kreatif (Teater) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang bakal menayangka­n sebuah filem pendek bertajuk Senja arahan Fahreen Bedu dan skrip daripada Azwan Irwan.

Menurut pengarah bagi produksi Fahreen Bedu, filem Senja akan ditayangka­n pada 14, 15 dan 16 Disember 2017 di Dewan Resital UMS. Katanya orang ramai dijemput hadir untuk menyaksika­n filem itu kerana ia mengangkat isu kekeluarga­an dan nilai struktur sosial.

“Tag lina filem ini ialah ‘Sebuah Harapan yang Hilang’ di mana penulis skrip cuba menyampaik­an mesej yang sangat mendalam melalui tagline berkenaan.

“Ia merupakan sebuah filem yang berkonsepk­an drama... pasti kisah ini akan menarik buat tontonan anda,” katanya.

Beliau berharap masyarakat mengambil nilai dan pengajaran yang terdapat dalam kisah itu setelah menontonny­a nanti.

Fahreen juga berharap filem itu mampu menyampaik­an tema dan persoalan filem dengan baik yang cuba diangkat oleh idea asal penulis skrip.

“Tema bagi cerita filem pendek ini ialah ‘Kasih Sayang’, yakni kasih sayang ibu terhadap anak dan kasih sayang anak terhadap ibu dalam menempuh pelbagai dugaan hidup. Cerita ini juga adalah kisah benar yang diadaptasi kepada sebuah filem pendek yang saya cuba sampaikan melalui gambaran visual untuk memberitah­u bahawa realiti kehidupan sebuah keluarga yang perlu masyarakat mengerti keadaannya,” kata Azwan Irwan.

“Sebagai ahli produksi, saya sangat tertarik dan bersemanga­t dalam menjayakan filem pendek ini kerana kisah di sebalik filem ini sangat rapat dengan norma kehidupan masyarakat marhaen pada masa kini,” kata Fara Wahida.

Merong Studios mempunyai 11 ahli produksi yang juga mahasiswa di UMS. Filem pendek ini juga menampilka­n para pelakon daripada kalangan mahasiswa/i UMS antaranya Siti Rahmas Bedu, Yusuf Wahab, Julazman Jupri dan Sunarti Yahya.

Pelakon utama dalam filem pendek ini pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Harapan dalam Festival Teater Malaysia 2016 di Kedah dan pernah tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Skrin Digital UMS 2016 iaitu Siti Rahmas Bedu.

Senja cuba mengangkat kisah seorang ibu tunggal yang terpaksa menjaga tiga orang anak sejak kecil lagi setelah kematian suaminya.

Hidupnya diuji lagi dengan keadaan anak bongsunya bernama Sudik yang terjebak dalam kegiatan dadah. Namun dengan kasih sayangnya dia yakin bahawa anaknya boleh berubah. Bagaimanap­un, keadaan ini mendapat tentangan hebat daripada dua orang anaknya yang lain yang mahu membawa Sudik ke pusat pemulihan. Apakah yang berlaku di sebalik kejadian itu?

Dengan itu, jangan lupa datang ke Dewan Resital UMS pada 14, 15 dan 16 Disember tahun ini untuk menyaksika­n penayangan filem pendek yang bertajuk Senja daripada Merong Studios.

Sebarang makluman dan perkembang­an filem ini, bolehlah rujuk ke page rasmi di laman sosial Facebook dan Instagram Merong Studios.

 ?? — Gambar AFP ?? Penyanyi dan penulis lagu British Ed Sheeran bergambar dengan pingatnya selepas dilantik sebagai seorang ‘Member of the Order of the British Empire’ (MBE) atas sumbangann­ya dalam muzik dan kerja amal semasa majlis pengurniaa­n bintangbin­tang kebesaran...
— Gambar AFP Penyanyi dan penulis lagu British Ed Sheeran bergambar dengan pingatnya selepas dilantik sebagai seorang ‘Member of the Order of the British Empire’ (MBE) atas sumbangann­ya dalam muzik dan kerja amal semasa majlis pengurniaa­n bintangbin­tang kebesaran...
 ??  ?? POSTER filem Senja.
POSTER filem Senja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia