Utusan Borneo (Sabah)

Alif kembali dengan ‘Buat Selamanya’

-

PENYANYI dan penerbit Alif telah banyak mencipta lagu-lagu hits antaranya ‘SleeQ Untuk Dia’ ft. Najwa Latif’, ‘Salam Semua ft. Aaron Aziz’, ‘Tepi Sikit ft. Joe Flizzow’, ‘Bukan Hal Aku ft. SleeQ’ (Kaka Azraff) dan ‘Satu Hari Nanti’ (Najwa Latif).

Ternyata setiap ciptaan lagu yang dihasilkan olehnya mendapat tempat di hati para pendengar.

Lagu yang beliau cipta juga mempunyai rentak dan melodinya yang tersendiri.

Selain aktif mencipta lagu, Alif juga mempunyai sebuah produksi muziknya sendiri yang diberi nama ‘Magic Potions’.

Sebelum ini, Alif dikenali sebagai salah seorang anggota SleeQ bersama Syarif. Beliau kemudianny­a meneruskan karier secara solo dengan single pertama berjudul ‘Mama’ dan diikuti pula dengan dua online album iaitu ‘6560 Part 1’ dan ‘6560 Part 2’.

Sebelum tahun 2017 melabuhkan tirainya, Alif muncul dengan sebuah lagi single terbaharu berjudul ‘Buat Selamanya’. Sebuah lagu yang dicipta setelah banyak bekerjasam­a dengan ramai penyanyi dan sebagai peberbit muzik, Alif sudah sedia untuk membina kariernya pula sebagai artis solo.

Lagu yang mengisahka­n tentang kasih sayang dan tanggungja­wab pasangan untuk menjaga dan memberikan keselesaan kehidupan kepada sang isteri untuk meneruskan perjalanan hidup yang lebih baik.

Arahan muzik video ‘Buat Selamanya’ oleh Jasper dan tenaga produksi dari Vadbibes dan Magic Portions, manakala komposer dan penulis lirik Alif sendiri.

Lagu ‘Buat Selamanya’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd ini boleh dimuat turun di semua digital platform seperti Apple Music,iTunes Spotify, JOOX, Yonder Music, dan juga KKBox.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia