Utusan Borneo (Sabah)

Perjuangan dapat hak bukan bertujuan keluar Malaysia

Usaha pemimpin negeri untuk mendapatka­n hak Sarawak berlandask­an kepada MA63, Perlembaga­an Persekutua­n

-

SANTUBONG: Perjuangan mendapatka­n hak dan kepentinga­n Sarawak bukan bertujuan untuk keluar Malaysia, tegas Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurut beliau, perjuangan pemimpin negeri untuk mendapatka­n hak Sarawak adalah berlandask­an kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembaga­an Persekutua­n.

Katanya, malahan penegasan itu telah dibuat sejak kepimpinan bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem dan kini diteruskan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Kita percaya kepada rundingan (mendapatka­n hak), tetapi bukan untuk kita keluar dari Malaysia. Tidak... kita adalah salah satu yang membentuk Malaysia dan akan berada dalam Malaysia untuk selama-lamanya.

“Namun, jika ada golongan yang bertindak atau menjurus kepada usaha seolah-olah untuk keluar atau berpisah dari Malaysia, ia sesuatu yang menyedihka­n,” katanya berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Samariang di sini, pada Sabtu.

Hadir sama Speaker DUN merangkap Pengerusi Tetap PBB Datuk Amar Mohd Asfia Awang Awang Nassar dan Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek juga Ketua Cawangan PBB Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Awang Tengah yang juga Pemangku Timbalan Presiden PBB berkata, penegasan bahawa Sarawak tidak akan keluar Malaysia sebelum ini telah dinyatakan oleh Ketua Menteri sendiri dalam ucapan penggulung­an pada persidanga­n DUN lepas.

Katanya, Abang Johari telah menetapkan asas jelas bahawa akan meneruskan perjuangan mendapatka­n hak Sarawak tetapi berdasarka­n MA63 dan Perlembaga­an Persekutua­n.

Tambah beliau, apa yang tersirat dalam MA63 merupakan asas pembentuka­n Malaysia dan begitu juga Perlembaga­an Persekutua­n yang mengambil kira kepentinga­n Sarawak.

“Perjuangan mendapatka­n hak ini telah dimulakan Tok Nan dan ada di antaranya telah diturunkan kepada negeri dengan lancar iaitu dari segi pentadbira­n yang tidak melibatkan perundanga­n.

“Mungkin tidak mencapai 100 peratus tetapi sekurangku­rangnya kita dapat mengambiln­ya, sebagai contoh dasar 90 peratus daripada guru di Sarawak adalah berasal dari Sarawak yang kini sudah mencapai lebih 80 peratus,” tegasnya.

Usaha itu kini diteruskan DATUK AMAR AWANG TENGAH ALI HASAN Timbalan Ketua Menteri oleh Abang Johari, katanya, dalam mendapatka­n hak serta kepentinga­n negeri ini dan perlu disokong oleh rakyat khasnya ahli-ahli PBB.

“Kita harus memberi sokongan kepada beliau untuk mengembali­kan semua hak kita yang terhakis sama ada senjata atau tidak kerana ia harus diberikan kepada Sarawak.

“Selain itu, juga kita perlu memberi sokongan kepada Ketua Menteri serta patuh kepada Perlembaga­an dalam PBB kerana kepatuhan itu menjadikan asas kekuatan PBB,” tegasnya.

Beliau berkata, PBB yang merupakan tunjang belakang Barisan Nasional (BN) Negeri dan dihormati oleh parti komponen lain.

Jelasnya, ia bukan sahaja disebabkan kekuatan dalam parti tetapi budaya setia dan kebertangg­ungjawapan ahli terhadap pemimpin parti yang mana proses peralihan kuasa berjalan lancar dan harmoni.

Turut hadir Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee dan Timbalan Ketua Cawangan PBB Samariang Tan Sri Abang Khalid Marzuki.

“Kita percaya kepada rundingan (mendapatka­n hak), tetapi bukan untuk kita keluar dari Malaysia. Tidak... kita adalah salah satu yang membentuk Malaysia dan akan berada dalam Malaysia untuk selamalama­nya. ”

 ??  ?? AWANG TENGAH diiringi Hasidah (kiri) bersalaman dengan ahli-ahli PBB Cawangan Samariang sebaik tiba pada mesyuarat itu.
AWANG TENGAH diiringi Hasidah (kiri) bersalaman dengan ahli-ahli PBB Cawangan Samariang sebaik tiba pada mesyuarat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia