Utusan Borneo (Sabah)

Kekal perpaduan kaum sedia ada di Sarawak

-

LUBOK ANTU: Perpaduan kaumdipupu­kselamaini­perlu dikekal untuk memperkasa masyarakat majmuk yang hidup dalam suasana aman dan harmoni, kata Menteri Muda Perindustr­ian dan Pelaburan Malcolm Mussen Lamoh.

Menurutbel­iau,masyarakat berbilang kaum di negeri ini memang terkenal sifat toleransi sehingga mampu menwujudka­n persefaham­an dalam melakukan apa juga perkara.

“Menwujudka­n keamanan dalam hidup bermasyara­kat bukan satu tugas yang mudah, namun kita berjaya melakukann­ya hasil daripada perpaduan kaum yang telah lama dipupuk sejak sekian lama.

“Para pemimpin kita dari pelbagai peringkat menyedari betapa pentingnya ciri-ciri positif seperti bekerjasam­a, bertolak-ansur, bermuafaka­t dan sebagainya, dan inilah yang diterapkan kepada masyarakat­keseluruha­nnya,” katanya.

Beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Ai berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Pentas Krismas WaiFM 2017 bertempat di Rumah Ulin, Sengkunyit Lemanak, Engkilili, Lubok Antu, baru-baru ini.

“Perpaduan dikecapi pada hari ini bukan sekadar wujud ketika kita merayakan perayaan tertentu seperti Hari Gawai, Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Krismas dan sebagainya malah sudah berakar umbi dalam kehidupan seharian kita,” katanya.

Sementara itu, Mussen menjelaska­n, kesejahter­aan negara hari ini memerlukan kesinambun­gan, sekaligus meletakkan generasi muda di medan hadapan bagi memastikan wawasan negara tercapai.

“Penglibata­n golongan remaja dalam aktivitiak­tiviti kemasyarak­atan di negeri ini amat penting bagi memperkasa­kan perpaduan.

“Cabaran yang menanti golongan tersebut lebih hebat kerana mereka merupakan generasi pelapis yang akan memimpin negara pada masa hadapan,” jelasnya.

Oleh yang demikian katanya, generasi muda perlu sentiasa diberi peringatan berkenaan dengan gejala-gejala yang mampu memesongka­n mereka dari landasan yang tidak betul seperti masalah sosial rakan sebaya dan sebagainya.

“Kita perlu sedar apa yang sedang berlaku di sekeliling kita terutamany­a membabitka­n generasi muda. Kita perlu membimbing mereka agar tidak mudah terpengaru­h dengan pelbagai gejala sosial yang begitu mencabar pada masa kini,” katanya.

Menyentuh mengenai beberapa pengisian program berkenaan termasuk penglibata­n Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) Bahagian Sri Aman berkongsi ilmu menerusi demonstras­i memadam kebakaran api gas dan dapur, Mussen berkata program seperti ini amat baik bagi memberi kesedaran kepada masyarakat setempat termasuk penduduk rumah panjang mengenai aspek keselamata­n rumah panjang.

 ??  ?? MUSSEN (kiri) sedang bersalaman dengan penduduk rumah panjang sebaik sahaja tiba di majlis berkenaan.
MUSSEN (kiri) sedang bersalaman dengan penduduk rumah panjang sebaik sahaja tiba di majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia