Utusan Borneo (Sabah)

120 kanak-kanak sertai program berkhatan di KK Petra Jaya

-

KUCHING: Seramai 120 kanakkanak di bandar raya ini menyertai Program Bersunat BeramaiRam­ai 2017 di Klinik Kesihatan (KK) Petra Jaya di sini, pada Sabtu.

Majlis anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Jabatan Agama Islam Sarawak (Kesuja), Jabatan Kesihatan Sarawak serta Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya itu dirasmikan Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi.

Abdul Rahman dalam ucapannya menasihat ibu bapa supaya menganggap anak mereka sebagai kawan.

Dengan beranggapa­n sedemikan, katanya, ia sedikit sebanyak dapat memainkan peranan dalam membentuk sikap anak-anak apabila dewasa kelak.

“Mendidik dan membesarka­n anak-anak bukanlah satu perkara yang mudah, namun dengan menganggap sebagai kawan, maka mudah untuk ibu bapa mendekati anak masing-masing.

“Malah, komunikasi serta hubungan antara ibu bapa dan anak-anak juga akan bertambah erat. Jadi, ibu bapa melayani anak sebagai kawan agar mereka boleh menempuhi masa remaja mereka dalam keadaan baik,” katanya.

Bercakap mengenai program itu, Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Damai memuji penganjura­n program tersebut kerana membantu melaksanak­an kewajiban semua iaitu seorang anak dewasa menjelang remaja yang harus dikhatanka­n.

“Justeru, saya mahu mengesyork­an agar program ini dijadikan sebagai acara tahunan dilenngkap­i dengan kemudahan kerajaan (klinik) sepenuhnya.

“Insha-Allah, saya akan menyokongd­anmenyedia­kandana khas untuk program berkhatan sebegini, ujarnya lagi.

Hadir sama, Pengerusi Kesuja, Mohd Isselahudd­in Kameri dan Ketua Jabatan Pembedahan Hospital Umum Sarawak, Dr Nik Azim Nik Abdullah.

 ??  ?? ABDUL RAHMAN bergambar kenangan bersama kanak-kanak yang menyertai Program Bersunat Beramai-Ramai 2017 di Kuching.
ABDUL RAHMAN bergambar kenangan bersama kanak-kanak yang menyertai Program Bersunat Beramai-Ramai 2017 di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia